Wednesday, July 10, 2013

Puding Roti Simple Dan Sedap


Bahan-bahan
• 4 keping roti
• 2 biji telur ayam
• 1 sudu besar butter (dicairkan)
• 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
• 235 ml susu cair (atau fresh milk)
• 1 sudu teh esen vanilla (tak ada takpe)
• kismis ikut suka hati

Cara-cara
• Toast roti ke dalam toaster sehingga garing. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.

• Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
• Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.

• Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
• Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180C.
• Angkat dan hidang.

Kataku
Resepi ketiga yang I try. So far, ni resepi yang paling mudah dan sedap bagi I. I suka sebab dalamnya keras sikit. Suami pun bagi A+.. So, dah berkali-kali gak buat atas permintaan ramai. Makan pulak dengan sos vanila, tak pun dengan aiskrim.. hmmm..sangat sedap (Makan begitu saja pun sedap). Resepi sos vanila di entri seterusnya :)

No comments:

Post a Comment