Monday, July 8, 2013

Ayam Black Pepper


Bahan-bahan
• ¼ bahagian ayam (3 - 4 ketul) 
• Garam 
• Minyak masak  
• Air

Bahan giling
• ½ inci kunyit 
• ½ inci halia 
• 1 sudu besar lada hitam 
• 1 ulas bawang merah @ ½ ulas bawang besar
• 3 ulas bawang putih 

Cara-cara
• Bersihkan ayam & toskan.
• Panaskan dua sudu besar minyak masak.
• Tumiskan bahan giling sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.
• Tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam (I masukkan sedikit gula dan 1 sudu besar sos lada hitam)
• Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Kataku
Kalau nak lagi pedas, tambahkan cili padi atau tambahkan sukatan lada hitam.

No comments:

Post a Comment