Bahan-bahan
• 5 cawan nasi
• Segenggam ayam (potong kecil)
• Sos tiram
• Kobis (hiris)
• 3 batang kacang panjang (hiris)
• 1 batang putik jagung (hiris)
• Segenggam taugeh
• Garam dan serbuk perasa
Bahan mayang halus
• 1 batang serai
• 1 kuntum bunga kantan
• 2 helai daun limau purut
Bahan tumbuk
• 3 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 4 tangkai cili padi
• 1 sudu teh udang kering
Cara-cara
• Ayam digaul dengan sedikit sos tiram dan perapkan 10 minit. Kemudian, goreng ayam dalam sedikit minyak. Minyak cukup-cukup untuk menumis.
• Masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai ayam agak garing.
• Masukkan bahan yang dimayang halus. Kacau rata.
• Masukkan putik jagung, kacang panjang, kobis serta garam dan serbuk perasa.
• Masukkan nasi dan kacau rata.
• Akhir sekali, masukkan taugeh.
Kataku
Malu plak nak komen masakan resepi sendiri. Ni cobaan pertama buat nasi goreng kerabu.
No comments:
Post a Comment