Bahan-bahan
• 3 keping roti gardenia (potong 2)
• 3 keping cheese (potong 2)
• 2 batang sosej ayamas (potong 3)
• 1 biji telur (asingkan putih & kuning)
• Breadcrumbs a.k.a serbuk roti (boleh dibeli atau buat sendiri)
Cara-cara
• Letakkan cheese di atas roti.
• Letak sosej dan gulung (letak di hujung supaya senang menggulung)
• Sapu sedikit kuning telur di hujung untuk melekatkan gulungan lalu golekkan di atas putih telur.
• Kemudian, golekkan pula di atas breadcrumbs.
• Goreng sehingga keemasan. Siap untuk dimakan bersama sos cili.
Kataku
Makanan ringkas yang sesuai dibuat sarapan atau piknik.. hehe.. juga makan petang. Nampak tak gambar kat atas tu.. Cheesenya yang meleleh. Meleleh melihatnya..
Breadcrumbs I buat sendiri. Cara paling senang. Roti dah expired I simpan dalam freezer. Bila nak pakai, check dulu ada kulat atau tak. Kalau ok, blend sampai halus.
Then panaskan dalam microwave 1-3 minit; iaitu sampai perang sikit (jangan sampai hangus). Siap!
No comments:
Post a Comment