Bahan-bahan
• ¾ buku roti
• 1 liter susu segar
• 10 sudu besar gula
• ¾ sudu garam
• Mentega
Cara-cara
• Carik-carikkan roti.
• Masukkan dalam mangkuk besar.
• Masukkan susu segar dan kacau.
• Letakkan garam dan gula.
• Pastikan adunan menjadi sebati.
• Letakkan beberapa sudu mentega ke dalam loyang secara rawak.
• Masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
• Letakkan sedikit mentega ke atas adunan tadi secara rawak.
• Bakar pada suhu 170 degree dalam masa 45-60 minit.
Kataku
Ini first time I buat puding roti bakar. Resepi ni pada I okey. Warna bahagian atas hitam sikit sebab bakar terlalu lama. Lebih sejam setengah..saje nak bagi garing hehe. Sedap jugak. Sebelah atas garing, sebelah bawahnya lembut. Boleh di simpan dalam fridge. Tapi I tak suka sangat makan versi sejuk. Everytime nak makan I akan panaskan dalam microwave dulu.
No comments:
Post a Comment