Bahan-bahan ayam
• Ayam (potong kecil-kecil)
• 2 ulas bawang putih
• Sos tiram
• Garam
Bahan-bahan sayur
• 1 ulas bawang putih
• Kobis (hiris halus)
• Carrot (hiris halus memanjang)
• Taugeh
• Sos tiram
• Kicap cair
Cara-cara ayam
• Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
• Masukkan ayam yang dah digaul dengan garam.
• Masukkan sos tiram secukup rasa. Goreng hingga agak garing.
Cara-cara sayur
• Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
• Masukkan kobis, carrot, taugeh, sos tiram dan kicap cair.
• Angkat dan hidangkan. Kalau suka pedas, gaulkan cili yang dihiris nipis bersama sayur.
Kataku
Makanan sempoi dan sedap. Maka bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain. Ni je dah cukup. Nak ummhh lagi, buat la sambal cili atau sambal bawang putih. Gambar kat atas tu suami yang masak..hehe. Menyelerakan tak?
No comments:
Post a Comment