Thursday, July 11, 2013

Biskut Tepung Ubi


Bahan-bahan
• 3 cawan tepung gandum
• 3 cawan tepung ubi kayu
• 1 1/2 cawan marjerin
• 1 1/2 cawan gula halus
• 3 biji kuning telur

Cara-cara
• Putar marjerin dan gula halus sehingga sebati.
• Masukkan kuning telur. Putar lagi.
• Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Gaul sebati (I tambahkan pewarna merah supaya berseri. Kemudian buat bentuk bebola untuk dicanai dan dibentukkan)

• Bentuk guna acuan yang disukai. Bakar dalam oven dgn suhu 175c.
(Sedia untuk dibakar)

• Tunggu biskut sejuk. Barulah boleh dihias menggunakan coklat masakan yg telah dimasak menggunakan kaedah double boil.
• Tambah colourful chocolate rice sebagai hiasan.

Kataku
Biskut ni simple. Bahan-bahan pun tak banyak. Rasa lemak-lemak manis. Sedap. I tak hias cuma letak pewarna je.

No comments:

Post a Comment