Saturday, July 27, 2013

Onde-onde Melaka


Bahan-bahan (20 biji)
• 1 biji kelapa muda (parut)
• 2 keping gula melaka (potong dadu)
• 300g tepung pulut
• Secubit garam
• Setitik pewarna hijau

Cara-cara
• Mula-mula campurkan tepung pulut dengan sedikit air, pewarna dan secubit garam.
• Sementara itu, masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
• Kemudian, bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan gula melaka di tengah-tengah adunan tersebut.
• Masukkan dalam air yang telah di didihkan tadi.
• Ulangi sehingga adunan habis.
• Apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak.
• Angkat dan golek-golekkan dalam kelapa muda yang diparut.
• Sedia untuk dihidang.

Kataku
Pewarna boleh diganti dengan air daun pandan. Cara: blend beberapa helai daun pandan dengan sedikit air. Tapis ambil airnya. Seperti perah santan.

Kangkung Tumis Belacan


Bahan-bahan
• 1 ikat kangkung segar
• Garam dan perasa (ajinomoto) secukup rasa
• Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan tumbuk (hampir lumat)
• 1 tangkai cili merah (lebihkan jika suka pedas)
• 2 ulas bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• Segenggam udang kering/ ikan bilis
• 1 sudu makan atau lebih belacan

Cara-cara
• Potong kangkung mengikut citarasa, bersih dan toskan.
• Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
• Masukkan garam dan perasa.
• Kacau sekejap then masukkan kangkung.
• Gaul rata dan kacau sehingga masak (jangan terlampau masak, tak sedap layu sangat)
• Bagi yang suka berkuah, boleh bubuh sedikit air.
• Bila kuah dah mendidih, padamkan api. Hidang bersama nasi panas.

Tips
• Kangkung boleh diganti dengan sayur lain yang sesuai seperti bayam, paku pakis dan sebagainya.

Kataku
Lauk yang sungguh menyelerakan. Ratah begitu sahaja pun sedap.

Friday, July 26, 2013

Aiskrim Simple


Bahan-bahan
• 1 kotak coffee mate (I buat 2 cawan)
• 1 kotak besar susu UHT dutch lady (I buat 2 cawan; perisa strawberry)

Cara-cara
• Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih (boleh juga pakai mixer)
• Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku. 
• Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur. 
• Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.

Tips
• Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk atau dihiaskan dgn buah-buahan campuran di atasnya.
• Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, etc

Kataku
Sekiranya suka manis, masukkan 1 @ 2 sudu gula ke dalam blender dan kisar bersama susu dan coffee mate tersebut. Terpulang nak buat banyak mana. Yang penting, sukatan coffee mate dan susu perlu sama banyak.

Resepi ni sangat mudah dan comfirm menjadi. Rasanya pun sedap sebab menggunakan susu berperisa. Tak bulat sangat sebab senduk pakai sudu je. Sudu aiskrim takde hehe..

Ayam Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas


Bahan-bahan (4-6 orang)
• 1/2 ekor ayam
• 1/2 biji nenas
• 10 biji cili padi (lebihkan jika nak lebih pedas)
• 2 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci lengkuas (I tak letak pun)
• 3 batang serai (hiris)
• 2 cawan santan pekat
• Kunyit (I letak 1 inci)
• Garam

Cara-cara
• Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas dan kunyit sampai hancur.
• Masak (bahan kisar) sehingga mendidih.
• Masukkan santan dan ayam.
• Biar hingga mendidih kemudian masukkan nenas.
• Masak sehingga ayam masak dan nenas empuk. Biarkan sehingga pecah minyak.
• Bila dah pecah minyak bolehlah di hidangkan.

Kataku
Sedap resepi selatan Thailand ni. Nak buat pun senang.

Tempe Goreng ArRahmah


Bahan tempe goreng
• 10 keping tempe (potong 2cm) 
• 1cm kunyit hidup atau 1 sudu teh serbuk kunyit
• 1 sudu teh garam 
• Suku cawan air  

Bahan sos pencicah
• 1 biji limau nipis
• 1 sudu besar gula pasir 
• 3 sudu besar kicap manis (cap kipas udang)
• 3 biji cili padi hijau 
• 3 sudu besar air

Cara tempe goreng 
• Mesrakan garam dan kunyit dengan sedikit air untuk gorengan tempe.
• Goreng tempe setelah digaul dengan kunyit dan garam.
• Goreng sehingga kuning dan garing. 

Cara sos pencicah 
• Tumbuk semua bahan untuk pencicah (tambah bawang putih pun sedap juga) dan ditambah air secukup rasa. Perahkan limau jika perlu.

Kataku
Sesuai dijadikan breakfast atau makan petang. Enak dimakan begitu sahaja. Nak makan dengan nasi pun ok.

Resepi Bubur Jagung


Bahan-bahan
• 3 batang jagung
• 1 - 1½ senduk gula
• 1 sudu kecil garam
• 1 kotak santan
• 2 helai daun pandan (simpulkan)
• Air

Cara-cara
• Hiris jagung ambil isinya sahaja.
• Setelah jagung dihiris, masukkan jagung dan air ke dalam periuk. Air sama banyak atau lebih sikit dari jagung. Api perlahan. Masak selama 10 minit.
• Masuk garam dan gula. Ikut tahap kemanisan masing-masing. Lepas tu biar selama 15 minit lagi.
• Masuk santan dan air lagi. Kali ni bubuh air ikut citarasa. Nak banyak air atau sedikit.
• Masuk daun pandan dan biar selama 5 minit. Hidangkan.

Kataku
Sukatan garam dan gula dah cukup rasa. Resepi asal ni, tak letak biji sagu. Dah siap masak, baru teringat nak letak. So, I masukkan sagu mata ikan yang direbus berasingan dalam bubur yang dah siap dimasak. Yummy! Anak pun suka.

Wednesday, July 24, 2013

Siakap Stim


Bahan-bahan
• Ikan siakap
• Serbuk lada hitam
• 4-5 camca besar sos tiram
• 2 biji limau nipis (perah air)
• 2 biji lada besar
• 1 biji buah tomato potong dadu
• Daun sup
• Garam secukup rasa

Bahan tumbuk/ blend
• 1 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• 3 batang serai
• 5 ulas bawang merah

Cara-cara
• Bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam, serbuk lada hitam dan sos tiram. Perap 15 minit.
• Tabur atas ikan lada merah, tomato dan daun sup.
• Stim ikan siakap kira-kira 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, bubuh air perahan limau nipis.

Tips 
• Tujuan masuk tomato untuk masamkan sedikit kuah dan supaya balance dengan sos tiram.

Kataku
Sedap jugak. Potong kecil-kecil cili api, lagi best.

Tuesday, July 16, 2013

Aiskrim Coklat

Bahan-bahan
• 42 gm coklat masak
• 2 cawan susu pekat (dipanaskan) 
• 1 camca besar tepung jagung
• ½ cawan gula
• Secubit garam
• 1 ½ camca teh esen vanila 
• 1 camca krim, untuk hiasan

Cara-cara
• Dengan menggunakan double- boiler, cairkan coklat & tuangkan susu yang dipanaskan ke dalamnya.
•Campurkan tepung jagung bersama gula & garam. Gaulkan bersama coklat.
• Masak hingga pekat & biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk, masukkan esen vanila. 
• Tuang adunan coklat ke dalam acuan & bekukan di dalam peti sejuk.
• Ketika menghidang bubuh krim di atas aiskrim.

Kataku
I buat sebijik macam resepi ni. Hasil selepas dibekukan selama 12 jam.

Takde langsung rupa aiskrim kan.. Bila I try makan, takde rasa aiskrim langsung. Macam coklat cloud 9 je. Cuma takde kacang. Tengok gambar bawah ni,

Keras dan kentalnya.. Frust I. Kenapa la orang suka upload resepi tak lengkap. Bukan semua orang pandai masak. Ada jugak beginner yang baru first time nak buat macam I. Bagi la resepi dengan hati yang ikhlas, kan? Kalau tak jadi, buang tenaga dan buang duit je.

Terpikir-pikir apa nak buat dengan coklat ni. Kalau tambah kacang, then bentukkan petak-petak, boleh buat ala-ala cloud9. Tapi hati nak sangat makan aiskrim coklat buatan sendiri. So, I try blendkan coklat tu. Tambah air panas sikit untuk lembutkan coklat yang liat tu agar senang dimasukkan ke dalam blender. Ni hasil selepas diblend.
 

Kali ni rupanya lebih menyakinkan. Begitu juga dengan rasanya. I masukkan balik dalam peti sejuk untuk dibekukan. Then, I balik ke kampung 3 hari.

Pulang ke rumah dengan harapan nak makan aiskrim. Guess what?!! Aiskrim tak keras. Masih cair seperti asal. Huh! Tak jadi lagi ke? Kesimpulannya, resepi ni gagal ke?!

Last2 I tambah air 500ml dan blend balik dengan harapan air tu boleh keraskan aiskrim.. Try bekukan untuk kali terakhir. Kalau tak jadi gak, buat coklat blended je la..

Hasilnya...

Akhirnya menjadi jugak aiskrim ku ini. Enak juga. Kemanisannya pun secukup rasa walaupun dah banyak topup air. Nak lagi sedap, tabur la hiasan macam coklat rice ke, kacang ke, takpun siram je coklat cair.

Kesimpulannya, resepi tu terlupa nak tulis kena blend atau kisar sebelum dibekukan. Next time, I akan cuba resepi lain pulak. Resepi yang lebih tepat, mudah dan detail.

Nasi Tomato


Bahan-bahan
• 5 cawan beras (cuci dan tos) 
• 3 ulas bawang putih (hiris) 
• 5 ulas bawang merah (hiris) 
• 1 inci halia - hiris 
• Buah pelaga 
• Bunga cengkih 
• Kulit kayu manis 
• Bunga lawang
• ½ cawan susu cair 
• 1 tin kecil kacang peas 
• 4 biji tomato - potong 4 
• 2 batang carrot (hiris halus memanjang) 
• 5 batang cili merah (hiris halus memanjang)
• Garam secukup rasa 
• Air (ikut sukatan beras)

Cara-cara
• Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. 
• Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
• Masukkan beras dan biarkan masak. 
• Apabila nasi telah kering, taburkan hirisan carrot, cili merah dan kacang peas. Biarkan selama 5 - 10 minit sebelum di gaul rata dengan nasi. 

Kataku
Okey, resepi yang mudah dan sedap. Makan bersama ayam masak merah bermadu dan acar memang terbaik.. Resepi ayam masak merah bermadu di entri seterusnya ;)

Ayam Masak Merah Bermadu


Bahan-bahan
• Ayam ½ kilo 
• Bawang besar 2 biji 
• Bawang putih 3 biji 
• 5 sudu besar cili kisar
• 2 sudu besar tomato puree
• 4-6 sudu besar madu pekat
• Garam secukup rasa

Cara-cara
• Goreng ayam separuh masak. 
• Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar hingga naik minyak. 
• Masukkan tomato puree, garam dan akhir sekali madu sebelum memasukkan ayam.

Tips
• Lapikkan pinggan hidang dengan daun salad dan taburkan cili merah dan daun bawang di atas ayam. 
• Sungguh enak di hidang bersama nasi tomato.
• Resipi ini adalah paling asas. Jika suka boleh tambah bunga cengkih dan bunga lawang ketika menumis.
• Ayam boleh digoreng bersalut tepung Kentucky perasa normal.
• Sukatan madu tertakluk kepada kemanisan yang disukai.

Kataku
Sedap ayam masak merah bermadu ni. Tak rugi mencubanya. Makan bersama nasi putih pun boleh juga..

Acar Jauh Tapi Dekat


Bahan-bahan
• 2 biji buah tomato (potong dadu)
• ½ batang timun (potong dadu) 
• 1 biji bawang besar (potong dadu) 
• 4 camca udang kering (ditumbuk)
• 2 biji limau kasturi (ambil airnya)
• 3 biji cili padi (potong kecil)
• 1 camca kecil gula 
• Sedikit garam

Cara-cara
• Gaul semua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Kataku
Kalau tomato dan timun banyak air akan buat acar sedikit tawar. Jadi, sesuaikan rasa antara garam dan gula. Boleh lebihkan cili padi sekiranya ingin pedas.

Sunday, July 14, 2013

Baked Sandwich


Bahan kulit/ casing
• Roti gardenia secukupnya

Bahan inti
• 1 biji bawang besar (cincang)
• 2 biji bawang putih (cincang)
• 1/2 camca serbuk lada hitam
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 200g-300g isi ayam (potong halus) atau 3 batang sosej (hiris)
• 5 biji cendawan butang (potong halus) atau 1/4 btg carrot (hiris halus/sagat)
• 1 biji telur
• Garam secukup rasa
• Keju parut atau slice cheese secukupnya

Cara baked sandwich 
• Gelek atau lenyek roti hingga nipis.

2.  Tekap roti dengan apa-apa acuan yang sesuai.

3. Buang tepi-tepi roti.

4. Masukkan roti ke dalam acuan seperti muffin tray atau petite tin.

(I punya skip semua step kat atas. Terus tekan2 roti dlm acuan & kemas kelilingnya; ni je acuan I ada)


5. Kemaskan roti di dlm acuan. Bakar di dalam oven hingga keperangan dengan suhu 200 C selama 10 minit (tapi I bakar suhu 180 C je)

(I punya, keluar dulu roti yg dah dibentuk dlm acuan dan letak di atas dulang pembakar baru bakar. Tak blh nak bakar dgn acuan plastik hihi)

6. Casing yang telah siap dibakar. Boleh keluarkan dari acuan.
(I punya; dah siap bakar)

7. Masukkan inti ke dalam setiap casing dan taburkan cheese.

(I punya; dah masuk inti)

(I punya; dah tabur cheese)

Bakar semula di dalam oven sekadar mencairkan cheese.

(I punya; siap bakar)

Cara inti
• Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan lada hitam, sos cili dan sos tomato.
• Masukkan ayam/sosej dan cendawan/carrot. Tumis hingga masak.
• Sekiranya perlu, masukkan sedikit air supaya ayam betul-betul masak.
• Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
• Masukkan garam secukup rasa.
• Masak hingga kering.

Tips
• Boleh drizzle dgn mayonis dan sos cili atau boleh dimakan begitu sahaja 

• Seeloknya makan sewaktu panas-panas krn roti masih rangup. Kalau dah dibiarkan lama, roti akan sedikit lemau tapi tetap enak dimakan.

Kataku
Gambar ada 2 versi supaya lebih mudah difahami. I punya tonggang terbalik sebab takde acuan. Terima kasih kepada Naz dari blog ovenkecil.blogspot.com kerana memberi resepi yang best ni siap dengan gambar step-by-step. Intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Yang I buat tadi, sebijik rasa macam topping pizza. Suami pun cakap bau masa I bakar macam bau pizza.

Buat 2 versi, dengan sos cili & tanpa sos sbb anak tak makan pedas. Rupa kurang kemas tapi dari rasa, I yakin masakan I ni menjadi sebab sedap.