Bahan-bahan
• Biskut keju tawar secukupnya
• Buah-buahan koktel dalam tin
• 2 sudu makan marjerin
Bahan A
• 1 1/2 cawan jagung krim
• 1 tin (400 ml) susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan gula; kurangkan kalau tak suka manis
• 2 sudu besar tepung jagung
• 2 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
• Masukkan semua bahan A dalam periuk dan kacau rata (masak dengan api sederhana)
• Masak sehingga adunan kelihatan pekat dan likat (kacau sentiasa)
• Masukkan margerin dan kacau lagi sehingga adunan kelihatan berkilat.
• Sendukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
• Susun kepingan biskut keju tawar di atas puding yang diratakan tadi.
• Sendukkan lagi adunan puding ke dalam loyang dan ratakan.
• Ulangi lapisan berikutnya dengan kaedah yang sama hingga adunan habis.
• Sejukkan dalam peti sejuk dan hiaskan dengan buah-buahan koktel.
Kataku
Enak sangat rasanya. Kalau nak puding keras sedikit, boleh lebihkan sukatan tepung jagung dan tepung kastard (anggaran 1 sudu besar setiap satu) ketika memasak adunan. Deco la ikut citarasa. Gambar ni bawah ni menggunakan separuh je dari adunan yang di atas.
No comments:
Post a Comment