Bahan-bahan (100 biji)
• 1/2 tin susu pekat manis (tin 500g)
• 250 gm tepung jagung
• 1/2 - 1 sudu teh baking powder
• 2 pewarna makanan (ikut citarasa)
• Mentega/marjerin secukupnya (untuk menguli tepung)
Cara-cara
• Gaul tepung dan susu pekat sehingga sebati. Cara tepat ialah dengan menuang tepung dalam bekas. Kemudian baru tuang susu pekat sedikit demi sedikit sambil digaul dengan sudu. Sampai adunan menjadi seperti serbuk roti. Dah jadi serbuk roti, berhenti masukkan susu (susu tak perlu dihabiskan)
• Bila tepung dan susu dah sebati, tambahkan mentega/merjerin sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh menjadi doh (boleh diuli)
• Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
• Gandingkan setiap bahagian dan bulat-bulatkan. Masukkan ke dalam paper cup. Kalau tak nak pakai paper cup pun takpe. Cuma bila dah bakar nanti, biar biskut betul-betul sejuk dulu, baru dialihkan dari dulang pembakar (biskut ni senang pecah)
• Bakar biskut pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
Tips
• Biskut ni amat lembut, jadi berhati-hati bila mengangkat biskut dari dulang pembakar. Pastikan betul-betul sejuk baru dialihkan. Melainkan kalau anda menggunakan paper cup.
• Kalau terlebih susu, biskut yang dibakar boleh jadi keras. Manakala kalau terlebih mentega/marjerin, biskut mencair bila dibakar (tidak membulat)
Kataku
Biskut ni sedap. Bila dimakan ia cair di dalam mulut. Ni kali ketiga cubaan membuat biskut ni. Yang pertama tak menjadi, masuk tong sampah.. Yang kedua tak menjadi, repair jadi biskut lain.. Yang ketiga ni baru cun. Sedap. I punya tak buat warna pun. Lupa nak ambil gambar masa mengadun tadi. Gambar adunan tu diambil dari blog sue-hasue.blogspot.com. Terima kasih di atas penerangan cara-cara mengadun yang tepat. Sangat-sangat membantu.
No comments:
Post a Comment