Bahan-bahan (7-8 orang)
• 1 bungkus (400g) bihun; nak guna mee lain pun boleh
• Taugeh
• Kobis (hiris halus)
• Kicap ABC; kalau takde, kicap lain pun boleh
• Cili padi (tumbuk lumat)
Bahan bebola
• 400g daging cincang
• 2 biji bawang merah (racik halus)
• 2 biji bawang putih (racik halus)
• 2 sudu besar telur (1/2 biji)
• 1 sudu teh tepung ubi/jagung
• Serbuk lada sulah dan garam secukup rasa
Bahan kuah/sup
• 3 biji bawang merah (hiris)
• 1 batang serai (ketuk)
• 1 sudu besar pati daging/ayam
• Serbuk lada sulah, garam dan aji secukup rasa
Bahan tumbuk
• 3 ulas bawang putih
• 1/2 inci halia
• 1 sudu teh biji lada sulah
Cara kuah/sup
• Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan.
• Masukkan bahan yg telah ditumbuk dan serai. Tumis sehingga garing dan naik bau.
• Masukkan air, pati daging/ayam, serbuk lada sulah, garam dan aji.
Cara bebola
• Sementara tunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.
• Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang diingini.
• Masukkan ke dalam kuah/sup tadi dan biar mendidih.
• Apabila bebola tadi timbul. Tutup api.
Cara-cara
• Celur bihun dan toskan.
• Hidang bihun dengan taugeh dan kobis.
• Tuang kuah/sup bersama bebola.
• Sedia dinikmati bersama cili padi dan kicap.
Kataku
Mudahnya memasak bakso. Rasa bakso ni seperti yang dimasak oleh peniaga bakso. Sedap banget..
No comments:
Post a Comment