Sunday, September 15, 2013

Nasi Goreng Cina


Bahan-bahan
• 1 mangkuk kecil nasi
• 1 biji telur
• 50g isi ayam
• 50g sayur campur
• 2 ulas bawang putih (cincang)
• Garam secukup rasa

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
• Masukkan isi ayam dan kacau. Biarkan sebentar sehingga ayam masak.
• Masukkan telur dan kacau hancur.
• Masukkan sayur campur dan biarkan seketika.
• Masukkan nasi dan garam. Kacau rata sehingga masak.

Kataku
Sedap dan sesuai untuk kanak-kanak. Sememangnya resepi ni di ambil dari buku masakan untuk bayi dan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment