Tuesday, September 10, 2013

Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut)


Bahan-bahan gula hangus 
• 1 cawan gula
• 1 cawan air panas
• 2 sudu besar mentega

Bahan-bahan kek 
• 4 biji telur
• 2 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1 cawan susu pekat manis
• 1 cawan tepung gandum

Cara-cara gula hangus
• Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
• Masukkan air dan kacau sampai gula betul-betul larut. Berhati-hati semasa memasukkan air, sebab gula akan meletup-letup (tutup periuk atau sediakan perisai supaya tak terkena percikan hehe)
• Masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Ketepikan (biar ia sejuk)

Cara-cara kek
• Pukul telur hingga kembang dan pekat (warna telur menjadi pucat).
• Masukkan susu pekat dan kacau sebati (nak pakai blender pun boleh)
• Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak sedikit demi sedikit.
• Tuangkan asen vanilla.
• Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi dan kacau rata.
• Perap adunan dalam bekas bertutup selama 3 hingga 4 jam. Tujuannya, untuk mendapatkan sarang yang cantik (Selepas diperap, warna bancuhan kek akan berubah)
• Kacau adunan supaya tepung tidak mendap dan tuang ke dalam loyang yang sesuai.
• Bakar selama 45 minit - 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Untuk 10 minit yang terakhir pula, adjust ke api atas dan bawah.

Tips
• Untuk menguji kek sudah masak atau belum, cucuk lidi/garfu dalam kek. Sekiranya lidi/garfu keluar bersih, maknanya kek telah masak. Atau, goyangkan sedikit loyang. Sekiranya adunan kek bergoyang, maknanya kek masih tidak masak. Tambahkan lagi waktu pembakaran jika kek belum masak.

Kataku
Masa pembakaran kek tak tentu. Bergantung pada oven jugak. So, check kek dah masak ke belum mengikut tips di atas. Rasa kek ni dijamin sedap. Yang kat bawah ni pulak versi warna terang sebab gula tak betul-betul hangus.. 

No comments:

Post a Comment