Wednesday, September 4, 2013

Kuih Puteri Mandi


Bahan-bahan
• 500 gram tepung pulut
• Air
• 1 sudu kecil pewarna daun pandan
• 3 helai daun pandan
• 1 keping gula melaka
• Kelapa parut

Cara-cara
• Gaul tepung pulut dengan air.
• Masukkan pewarna daun pandan. Boleh juga guna air daun pandan sebagai pewarna (nak warna warni pun boleh..bagi meriah)
• Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat, kemudian leperkan di bahagian tengah.
• Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
• Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.

• Dalam periuk lain, masukkan secawan air dan panaskan gula melaka sehingga cair.
• Letakkan beberapa helai daun pandan.
• Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sekata.

• Akhir sekali, gaulkan kuih bersama-sama kelapa parut tadi.

Kataku
Juadah yang sedap dan sangat mudah. Inti kelapa tu kalau dimasak bersama seulas dua durian, lebih sedap rasa dan aromanya. Kadang-kadang I suka masukkan santan semasa memasak inti kelapa untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak. Versi letak santan...

Bagi yang tak kenal gula Melaka, ni gambarnya..

No comments:

Post a Comment