Thursday, November 12, 2015

Kek "jahat budak jahat"

Bahan kek
• 120g tepung biasa/serbaguna/kek
• 25g serbuk koko
• 50g coklat bar - cairkan
• 200g unsalted butter - lembutkan pd suhu bilik
• 150g gula - kisar halus
• 2 biji telur
• 1 tsp esen vanila
• ½ tsp baking powder
• ½ tsp soda bikarbonat
• ¼ tsp garam
• 4 tbsp susu tepung bancuh dgn 100ml air

Cara kek
• Ayak bersama tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder & garam
• Pukul mentega dan gula kastor hingga licin dan gaul sebati
• Sambil terus memukul, masuk telur sebiji demi sebiji, diikuti esen vanilla
• Masuk coklat bar yg dah dicairkan tadi, gaul sekata
• Tambah bancuhan susu dan campuran tepung bergilir-gilir. Pukul hingga sebati
• Tuang campuran dlm loyang. Masak selama 40-45 minit pada suhu 180c
• Biar kek sejuk di atas rak dawai

Bahan cheese
• 250g cream cheese
• 1/2 tin susu pekat
• 1 tbsp gelatin (larut dgn air panas)

Cara cheese
• putar cream cheese hingga kembang
• masuk susu pekat & putar lagi
• tambah larutan gelatin dlm  adunan & kacau laju2 supaya sebati
• ketepikan

Bahan ganache
• 1/2 cwn serbuk koko 
• 1/2 cwn susu pekat
• 1 tbsp butter

Cara ganache
• masak semua menggunakan api perlahan. kacau hingga menjadi larutan coklat yg likat

Cara gabung
• potong kek kepada 2 bahagian. letak kan kepingan pertama di atas pinggan
• sapu 1/2 dari adunan cheese di atasnya
• letakkan kepingan kedua kek yg dipotong tadi & sapu baki lg 1/2 adunan cheese tadi
• sapu ganache di atas kek

Kataku
Kek ni rasanya amat padat dan kaya dgn pelbagai rasa. Padat dgn rasa coklat, cheese & susu.