Wednesday, December 16, 2015

Like Amos cookies

Amos Cookies
Rase lebih kurang Famous Amos Cookies. Mesti cuba
 
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
• 250g mentega
• 280g tepung gandum
• 10g serbuk koko
• 150g gula kastor
• ½ sudu kecil esen vanila
• ½ sudu kecil soda bikarbonat
• 2 sudu besar susu tepung
• 2 sudu besar tepung jagung
• 1 biji kuning telur
• 100g any kekacang yg dicincang (hazel, walnut, badam, gajus, etc)
• 100g coklat cip
• Secubit garam

Cara-cara
• Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang
• Masuk kuning telur dan pukul rata
• Ayak tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko & garam dlm bhn yg dipukul td. kacau hingga rata
• Masuk coklat cip & cincangan kacang. Kacau rata
• Sudukan adunan atas dulang bakar
• Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan
• Sejukkan sblm simpan dlm balang

Thursday, November 12, 2015

Kek "jahat budak jahat"

Bahan kek
• 120g tepung biasa/serbaguna/kek
• 25g serbuk koko
• 50g coklat bar - cairkan
• 200g unsalted butter - lembutkan pd suhu bilik
• 150g gula - kisar halus
• 2 biji telur
• 1 tsp esen vanila
• ½ tsp baking powder
• ½ tsp soda bikarbonat
• ¼ tsp garam
• 4 tbsp susu tepung bancuh dgn 100ml air

Cara kek
• Ayak bersama tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder & garam
• Pukul mentega dan gula kastor hingga licin dan gaul sebati
• Sambil terus memukul, masuk telur sebiji demi sebiji, diikuti esen vanilla
• Masuk coklat bar yg dah dicairkan tadi, gaul sekata
• Tambah bancuhan susu dan campuran tepung bergilir-gilir. Pukul hingga sebati
• Tuang campuran dlm loyang. Masak selama 40-45 minit pada suhu 180c
• Biar kek sejuk di atas rak dawai

Bahan cheese
• 250g cream cheese
• 1/2 tin susu pekat
• 1 tbsp gelatin (larut dgn air panas)

Cara cheese
• putar cream cheese hingga kembang
• masuk susu pekat & putar lagi
• tambah larutan gelatin dlm  adunan & kacau laju2 supaya sebati
• ketepikan

Bahan ganache
• 1/2 cwn serbuk koko 
• 1/2 cwn susu pekat
• 1 tbsp butter

Cara ganache
• masak semua menggunakan api perlahan. kacau hingga menjadi larutan coklat yg likat

Cara gabung
• potong kek kepada 2 bahagian. letak kan kepingan pertama di atas pinggan
• sapu 1/2 dari adunan cheese di atasnya
• letakkan kepingan kedua kek yg dipotong tadi & sapu baki lg 1/2 adunan cheese tadi
• sapu ganache di atas kek

Kataku
Kek ni rasanya amat padat dan kaya dgn pelbagai rasa. Padat dgn rasa coklat, cheese & susu.


Tuesday, October 13, 2015

Resepi Brownies Chewy Gooey Yummy


Bhn 1 (8x8 square pan)
• 2 biji telur + 1 kuning telur
• 180 gm gula castor
• 1 tsp esen vanilla

Bhn 2
• 170g choc bittersweet (i guna dark chocolate couverture)
• 90g butter
• 35g coco powder (i guna van houtan)
* Cairkan ketiga2 bhn di atas secara double boil @ heat dlm microwave)

Bhn 3
• 100g tepung gandum
• 1/4 tsp garam
• 1/4 tsp baking powder
* Ayak bersama ketiga2 bhn di atas

Cara
• Pukul laju telur & gula dlm 10 minit
• Masuk esen vanilla Dan kacau sebati
• Masuk bhn 2 
• Masuk bhn 3 
• Alas pan dgn kertas minyak & tuang adunan dlm pan
• Kalau suka blh tabur slice almond/ chop chip/ kekacang
• Bkr pada suhu 180c selama 35 minit (depend pada oven masing2)

Tips
• Cara paling senang nak tahu msk atau belum, brownies akan naik kembung dan turun semula. Bila dah turun semula tu, maksudnya dah msk. So, 5-10 minit terakhir tu blh duduk dpn oven
• Blh juga tambah chocolate ganache. Siram bila dah masak

Kataku
Best! Blh buat jual

Monday, October 12, 2015

Resepi Burger Bakar Homemade


Bahan
• 1 1/2 ketul daging cincang (i guna 500g)
• * 2 ulas bawang merah
• * 4 ulas bawang putih
• 1 biji telur
• Serbuk lada hitam kasar
• Serbuk roti (blh ganti serbuk oat)
• Mixed spice (i guna oregano je)
• Garam & Gula secukup rasa  

Cara
• Bhn yg ditanda * diblender kering (i tumbuk je)
• Masuk dlm bekas yg berisi daging
• Masuk telur yg dah dikacau terlebih dulu
• Tabur lada hitam kasar ikut kepedasan diingini
• Masuk serbuk roti/oat, mixed spice/oregano, garam & gula secukup rasa

• Gaul sebati
• Ambil segenggam & kepal2 dlm saiz yg sama
• Bentukkan setiap kepalan patty (daging burger) ikut citarasa (standard bulat la)
• Dah siap, masuk dlm peti ais utk keraskan sikit supaya masa msk nanti ia tak hancur/pecah2 atleast sejam (jgn lupa lapikkan setiap satunya dgn kertas minyak utk elakkan ia melekat sesama sendiri
• Sedia utk dibakar






Homemade blackpepper sauce
• Hiris nipis2 sdkt bwg merah bersama cendawan (jika suka)
• Tumis dlm lebihan minyak bakar daging burger tadi
• Dah layu, masuk sos blackpepper & kacau
• Masuk sdkt garam & sdkt stok ayam (atau kiub ayam bersama sdkt air)
• Letakkan di atas burger

Kataku
Sediakanlah dressing ikut citarasa masinh2

Friday, July 3, 2015

Kek minyak


Bahan-bahan
• 5 biji telur
• 1/2 - 3/4 cawan gula halus
• 2 cawan tepung gandum - diayak
• 1 camca teh baking powder - diayak
• 1 cawan susu pekat
• 1 sudu besar ovallate
• 1 cawan minyak masak
• 1 sudu teh esen vanila
• 1 cawan minyak masak
• Perisa diingini (nenas/pisang/etc)
• Pewarna

Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata
4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama. Gaul rata
5. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna
6. Lenser tin kek berukuran 8x8x2 inci dgn mentega, tabur dgn gandum dan ratakan (jgn terlalu tebal)
7. Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis bagi mendapatkan corak seperti di bawah

8. Bakar pada suhu 170c selama 40-45 minit
* Utk menguji kek dah masak atau belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan agar permukaan kek tdk hangus. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong

Kataku
Kek yang sangat mudah nak buat, jimat kos, gebu, senang & simple.

Saturday, June 20, 2015

Kek Epal Hijau (Blended Green Apple Cake)


Bahan-bahan (loyang 8" x 8")
• 3 biji epal hijau 
• 1 cawan minyak
• 1 cawan gula
• 3 biji telur
• 2 cawan tepung gandum
• 1 sb baking powder
• Sedikit pewarna hijau epal

Cara-cara
• Ayak bersama tepung gandum & baking powder. Ketepikan
• Cuci epal dan potong kecil-kecil (jgn buang kulit) 
• Masuk epal dlm blender bersama minyak, gula & telur. Kisar hingga halus
• Tuang bahan kisar dalam mangkuk
• Msuk campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil kacau adunan hingga sebati
(Saje tambah: setelah sebati i tambahkan sebiji lagi epal yg dah dibuang kulit & dipotong dadu ke dalam adunan dan kacau sebati)
• Tuang dalam loyang yang dah beralas & di gris
• Bakar pada suhu 170'c selama 40 minit hingga 1jam atau sehingga masak


Kataku
Rasanya okey, sesuai buat makan petang. Berkhasiat juga sebab berasaskan buah-buahan. Resepi ni diolah dari resepi blended orange cake yg berasaskan buah oren.

Saturday, April 25, 2015

Nuttela ice cream cake


Bahan-bahan
• 2 cawan nuttela
• 4 liter aiskrim vanilla 
• 4 cawan rice bubble/krispy


Cara-cara
• Masukkan nuttela selama 30 saat di dalam  microvawe untuk melembutkan ia (boleh juga dipanaskan secara double boiled)

• Masukkan rice bubble/krispy ke dalam mangkuk berisi nuttela

• Gaul supaya sekata

• Alas loyang dengan kertas minyak


• Masukkan 3/4 daripada adunan ke dalam loyang. Ratakan dengan sudu


• Masukkan ke dalam freezer (peti sejuk beku) selama 20 minit
• Sementara itu, keluarkan aiskrim dan biarkan ia lembut

• Gaulkan 1/4 daripada baki adunan tadi bersama aiskrim


• Tuang aiskrim ke dalam loyang yang berisi rice coklat tadi


• Ratakan
• Balut dengan cling wrap dan beku kan dalam freezer selama sekurang-kurangnya 4 jam

• Keluarkan dari freezer dan terbalikkan di atas pinggan hidang

• Sedia untuk dinikmati


Kataku
Masa nak gaulkan aiskrim dengan 1/4 rice coklat tu kalau boleh aiskrim nya lembut dan cair sedikit baru ia mengalir ke dasar loyang. Kalau tak, kat bawah mampat dengan rice coklat je, tak bersalut sangat dengan aiskrim macam kat bawah ni

Kalau nak buat dalam kuantiti yang sedikit, boleh ikut sukatan di bawah
• 1 cawan nuttela
• 2 cawan rice bubble/krispy 
(i suka lebihkan sebab i suka base nya yg crunchy tu)
• 1.5 liter aiskrim vanilla (1 bekas aiskrim)


Murtabak Maggi

Bahan-Bahan
• 1 paket maggi perisa kari 
• 2 biji telur
• Bawang (ikut citarasa) 
• Cili padi (ikut citarasa)

Cara-cara
• Rebus maggi tanpa perencah terlebih dahulu. Kemudian toskan
• Gaulkan kesemua bahan seperti maggi yang telah direbus tadi, telur, bawang, cili dan serbuk perencah maggi di dalam mangkuk
• Goreng dalam kuali dengan menggunakan minyak yang sedikit (macam menggoreng telur dadar)

Thursday, April 23, 2015

Nutella Cheesecake

Bahan-bahan (12-16 hidangan)

Bahan 1 (crust)
• 250g biskut oreo yang dibuang krim (lebih kurang 30 keping)
• 80g (6 sudu besar) unsalted butter (dicairkan)

Bahan 2 (cream cheese filling)
• 1kg (35 oz) cream cheese (pada suhu bilik)
• 175g (3/4 cawan) heavy cream
• 2 sudu besar heavy cream (sejuk)
• 100g (2/3 cawan) Nutella
• 200g (1 cawan) gula
• 1 sudu besar tepung jagung
• 2 sudu kecil esen vanilla
• 4 biji telur (pada suhu bilik)

Bahan 3 (topping nutella)
• 100g (2/3 cawan) Nutella
• 80g (1/3 cawan) heavy cream

Cara-cara

Cara 1 (crust/base)
• Panaskan oven pada suhu 180c (350f)
• Kisarkan biskut oreo yang dah dibuang krim nya menggunakan food processor (blender pun blh, guna blender kecil yg blh dipakai untuk kisar benda kering)
• Cairkan butter dan siram ke atas biskut yg dah di kisar tadi
• Terus kisar sehingga biskut lembap secara sekata
• Masukkan dalam loyang 10 inci (26cm) dan tekan-tekan biskut dengan belakang sudu agar ia mampat

• Bakar selama 13-15 minit

• Setelah masak, keluarkan loyang dan ketepikan supaya sejuk
• Turunkan suhu kepada 150c (300f)

Cara 2 (cream cheese filling)
• Campurkan gula dan tepung jagung dan ketepikan
• Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese bersama 3/4 cawan heavy cream sehingga sebati dan adunan kelihatan gebu dan ada sedikit tanduk (proses ini penting bagi memghasilkan kesan 2 lapisan nanti)
• Masukkan campuran tepung jagung dan gula tadi secara beransur-ansur dan kacau sehingga adunan menjadi berkrim dan licin

• Tambahkan esen vanilla dan terus pukul sehingga adunan sebati

• Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi supaya sebati

• Tuang 2/3 daripada adunan ke dalam loyang yang berisi crust tadi. Ratakan adunan

• Baki 1/3 daripada adunan tadi, dicampurkan dengan nuttela dan 2 sudu besar heavy cream sejuk

• Putar sehingga adunan sebati

• Dengan berhati-hati tuang kan adunan ke dalam loyang

Letak secara sekata supaya adunan cream cheese bewarna coklat ni terletak elok di atas cream cheese yg bewarna putih

Ratakan adunan dengan menggunakan spatula getah

Jangan tuang setempat nanti warna dalam kek tak cantik mcm yg kat bawah ni (cubaan kali pertama)

• Bakar pada suhu 150c (300f) selama 45-55 minit
• Matikan api dan biarkan adunan selama satu jam lagi di dalam ketuhar
• Keluarkan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya pada suhu bilik

Cara 3 (topping nutella)
• Didihkan heavy cream dalam periuk kecil

• Setelah mendidih, tuang cream ke atas Nutella

• Gaul sehingga sebati dan menjadi likat

• Tuang coklat cair tersebut di atas kek yg dah siap dibakar tadi

• Ratakan topping supaya sekata

• Tutup kek dengan cling wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman
• Hiaskan kek yang dah siap dengan kacang hazel yang dah dicincang jika suka

• Sedia untuk dinikmati

Nota tambahan
(Nutella cheesecake ni boleh juga dibuat dalam versi tak perlu bakar)
Cara :
Bila buat crust, tak perlu bakar. Sejukkan dalam peti sejuk. Sementara itu, pukul cream cheese bersama gula dan esen vanilla (tak perlu guna telur dan tepung jagung). Dicadangkan untuk pukul cream cheese sehingga gebu dulu baru dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Setelah adunan sebati, campurkan 1/3 daripada adunan dengan Nutella. Tuang adunan ke atas crust. Sejukkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4-6 jam

Kataku
Sedap kek ni. Seperti oreo cheesecake kat secret recipe. Cara buat macam panjang dan berbelit, tapi sebenarnya mudah je. Cuba dulu baru tau. Bawah ni versi lepak-lepak dengan family. Hidang dalam pinggan je hehe