Monday, September 30, 2013

Bahulu Rose/ Pandan


Bahan-bahan (Saiz 20cm)
• 4 biji telur
• 1 - 1 1/2 cawan gula pasir
• 1 3/4 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh esen rose/pandan
• Sedikit pewarna merah/hijau

Cara-cara
• Pukul telur bersama gula sehingga kembang (betul-betul kembang dan ringan)
• Masukkan esen rose/pandan.
• Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.
• Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna (merah jika esen rose, hijau jika esen pandan). Kacau rata.
• Sapu acuan dengan minyak masak.
• Masukkan separuh adunan asal.
• Kemudian masukkan adunan berwarna
• Akhir sekali, masukkan baki adunan asal tadi (supaya menjadi 3 lapisan)
• Masak pada suhu 180c selama lebih kurang 1 jam.

Kataku
Resepi bahulu ni boleh dipelbagaikan lagi dengan menggunakan esen lain seperti strawberry, limau, dan lain-lain. Warna pula biarlah bersesuaian dengan perisa yang digunakan.

Untuk menghasilkan bahulu yang sedap, ringan dan tahan lama, jemur dulu tepung dan gula yang ingin digunakan untuk membuat bahulu di bawah sinaran matahari yang panas. Atau cara yang lebih mudah ialah dengan membakar sekejap tepung dan gula tersebut di dalam oven (selama beberapa minit). Cara ini walaupun mudah, tapi tidaklah sebaik tepung dan gula yang di jemur. Ini kerana bila dijemur, proses pengeringannya lebih semulajadi, perlahan-lahan dan bukan paksaan.

Spaghetti Aglio Olio Simple


Bahan-bahan (2 orang)
• 1/4 bungkus spaghetti
• 5-6 ulas bawang putih (cincang halus)
• 1 biji bawang besar holland (potong dadu)
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar (kalau yang biji, tumbuk jangan sampai lumat)
• Sedikit serbuk cili (chili flakes/ cajun/ cili kering yang digunting menyerong atau dikisar kasar menggunakan food processor)
• 2 sudu besar minyak (butter/ olive oil/ minyak jagung/ minyak biasa)
• Garam secukup rasa
• Seafood (kupang/ sotong/ udang/ apa-apa asalkan sesuai)

Cara-cara
• Rebus spaghetti sampai lembut. Tos dan ketepikan.
• Panaskan minyak lalu tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
• Masukkan seafood dan kacau.
• Masukkan spaghetti, serbuk lada hitam, serbuk cili serta garam. Gaul.
• Kalau suka boleh masukkan sayur-sayuran yang bersesuaian.

Kataku
Serbuk lada hitam kasar, serbuk cili (chili flakes) atau cagun ada di jual secara ready made di dalam botol. Kalau nak jimat kos, lada hitam beli yang biji je dan tumbuk sendiri. Serbuk cili pula pakai je cili kering. Gunting kecil-kecil secara menyerong. I lebih suka kisar supaya teksturnya lebih kurang macam chili flakes. Tambahkan sayur-sayuran (kalau suka) supaya hidangan mempunyai nutrisi yang lengkap.

Serbuk lada hitam kasar

Serbuk cili (chili flakes)

Cagun

Saturday, September 28, 2013

Sup Broccoli


Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih (ketuk)
• Beberapa ketul ayam (bahagian bertulang seperti leher, etc)
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 kuntum brokoli (potong)
• 1 batang lobak merah (hiris)
• 1 biji tomato (belah dua)
• 1 biji telur

Cara-cara
• Tumis bawang putih sampai wangi.
• Masukkan ayam dan goreng seketika.
• Masukkan air dan biar mendidih.
• Masukkan kiub ayam, tomato, lobak merah dan broccoli.
• Pecahkan sebiji telur, biar seketika dan tutup api.

Kataku
Sup ringkas ini sesuai untuk orang yang tengah berdiet dan malas nak masak. Juga sesuai untuk budak kecil kerana tak pedas dan berkhasiat. Cuma celurkan mihun sampai lembut dan siramkan sup.


Thursday, September 26, 2013

Mihun Singapura


Bahan-bahan
• 1 bungkus mihun (rendam air dan toskan)
• 200 gm udang
• 200 gm sotong
• 200 gm sawi
• 250 gm kobis
• 1 batang lobak merah (sagat/hiris halus memanjang)
• 1/2 cawan air
• 3 sudu besar minyak masak
• Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
• 2 sudu besar lada hitam
• 2 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
• Masukkan udang dan sotong (I ganti dengan ayam je), kemudian kacau rata.
• Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kobis, lobak merah, garam dan air (sawi dan kobis, I gantikan dengan brokoli). Kemudian, kacau rata lagi.
• Gaul sehingga mihun lembut.
• Boleh dihidang bersama taburan hirisan daun sup dan cili merah.

Kataku
Sedap!

Wednesday, September 25, 2013

Puding Jagung Lapis Biskut


Bahan-bahan
• Biskut keju tawar secukupnya
• Buah-buahan koktel dalam tin
• 2 sudu makan marjerin

Bahan A
• 1 1/2 cawan jagung krim
• 1 tin (400 ml) susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan gula; kurangkan kalau tak suka manis
• 2 sudu besar tepung jagung
• 2 sudu besar tepung kastard

Cara-cara
• Masukkan semua bahan A dalam periuk dan kacau rata (masak dengan api sederhana)
• Masak sehingga adunan kelihatan pekat dan likat (kacau sentiasa)
• Masukkan margerin dan kacau lagi sehingga adunan kelihatan berkilat.
• Sendukkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
• Susun kepingan biskut keju tawar di atas puding yang diratakan tadi.
• Sendukkan lagi adunan puding ke dalam loyang dan ratakan.
• Ulangi lapisan berikutnya dengan kaedah yang sama hingga adunan habis.
• Sejukkan dalam peti sejuk dan hiaskan dengan buah-buahan koktel.

Kataku
Enak sangat rasanya. Kalau nak puding keras sedikit, boleh lebihkan sukatan tepung jagung dan tepung kastard (anggaran 1 sudu besar setiap satu) ketika memasak adunan. Deco la ikut citarasa. Gambar ni bawah ni menggunakan separuh je dari adunan yang di atas.

Sayur Bayam Goreng


Bahan-bahan
• 1 ikat sayur bayam hijau
• 2 ulas bawang putih (ketuk)
• 1/2 biji bawang besar (hiris)
• 1 sudu besar udang kering
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 bungkus tofu telur (potong bulat)
• 1/2 batang lobak merah (hiris)
• Garam secukup rasa 

Cara-cara
• Cuci sayur bayam. Asingkan daun dan batang. Batangnya potong kecil-kecil anggaran 1-2 cm.
• Tumis bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga naik bau.
• Masukkan batang sayur bayam dan lobak merah dan goreng sehingga batang sayur bayam lembut.
• Masuk kiub pati ayam, sos tiram dan tofu telur. Kacau rata.
• Tambahkan garam secukup rasa
• Akhir sekali masukkan daun sayur bayam, kacau seketika dan tutup api.

Kataku
Tofu telur tu kalau tak nak pun takpe. Kalau nak pedas, masa menumis masukkan sekali cili yang diketuk terlebih dahulu.

Tuesday, September 24, 2013

Sosej Gulung Bercili


Bahan-bahan
• 5 batang sosej
• 5 keping roti (potong kelilingnya)
• 1 biji telur (ambil putihnya je)
• 3 sudu besar sos cili
• Sedikit serbuk roti
• Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara
• Canai roti menjadi leper dan ratakan sos cili.
• Letakkan sosej dan gulung kemas.
• Lekatkan hujungnya dengan sedikit putih telur.
• Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam serbuk roti.
• Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Kataku
Sarapan ringkas. Sedap dimakan bersama mayonis dan sos cili. Potong 2 atau 3, senang budak-budak nak makan.


Kek Cawan Vanila


Bahan-bahan (20 biji)
• 225 gm mentega
• 225 gm gula halus
• 225 gm tepung naik sendiri
• 1 sudu teh serbuk penaik
• 4 biji telur
• 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
• Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah Celcius.
• Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar dengan pemukul elektrik sehingga rata dan pucat (lebih kurang 2-3 minit)
• Sudukan adunan ke dalam bekas anggaran 2/3 penuh.
• Bakar selama 20-30 minit.
• Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan.

Tips
• Simpan dalam bekas kedap udara, tahan selama 3 hari. Manakala jika di dinginbekukan, boleh tahan sehingga 3 bulan.

Kataku
Kek cawan pertama yang dicuba. Sedap. Bagi yang tak nak manis sangat, boleh kurangkan sukatan gulanya. Resepi ni mudah je, semua bahan masuk sekaligus dan putar. Tak banyak step.

Tempe Goreng Berlada


Bahan-bahan 
• 1 keping tempe (hiris memanjang)
• 3 sudu makan cili kering kisar
• 4 ulas bawang putih (tumbuk)
• 4 sudu makan sos cili
• 1 sudu besar gula
• Garam secukup rasa

Cara-cara
• Goreng tempe hingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.
• Tumis bawang putih sampai naik bau.
• Masuk cili kisar, kacau rata dan biarkan sekejab.
• Masuk sos cili, garam dan gula secukup rasa.
• Masak sampai agak pekat.
• Masukkan tempe dan gaul mesra.

Kataku
Satu lagi juadah ringkas dengan penggunaan bahan-bahan yang sedikit dan mudah dicari. Sedap. Boleh dimakan bersama nasi. Buat ratah pun sedap juga, konsepnya seperti keropok lekor sira.

Monday, September 23, 2013

Sambal Totok Johor


Bahan-bahan
• 1 biji bawang merah besar (potong)
• 6-8 biji cili padi (potong sedikit agar ia tidak meletup bila digoreng)
• Segenggam ikan bilis
• Garam dan ajinamoto secukup rasa
• Minyak Untuk Mengoreng

Cara-cara
• Panaskan minyak terlebih dahulu.
• Apabila minyak dah panas, masuk bawang, cili padi dan ikan bilis.
• Goreng sehingga bawang layu atau nampak sedikit perang. Angkat dan toskan.
• Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi ke dalam lesung beserta garam dan ajinamoto (tak nak pun takpe kalau dah cukup rasa)
• Tumbuk sehingga lumat (taknak lumat pun tak apa)

Kataku
Sukatan ikut citarasa. Nak lebihkan ikan bilis ke, bawang ke, cili ke. Tapi kalau lebihkan bawang, ikan bilis pun kena letak lebih gak. Barulah rasanya tetap sekata (begitulah sebaliknya). Kalau suka pedas pula, tambahkan cili padi. Resepi ni sesuai di makan dengan nasi, sup, mahupun makan begitu sahaja. Sempoi dan enak. I suka gaulkan dengan petai. Makan dengan nasi panas, tak perlu lauk lain dah.

Tofu Telur


Bahan-bahan
• 2 paket tofu jepun
• 1 biji telur (pukul dengan sedikit garam)
• 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air)
• 5 ulas bawang putih (hiris)
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu kecil gula
• Garam secukup rasa
• Sedikit daun bawang
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
• Potong tofu bulat-bulat.

• Celup tofu ke dalam telur dan goreng dalam minyak panas yang banyak. Angkat, tos dan hidangkan di atas pinggan.

• Ambil sedikit sahaja minyak tadi bagi menumis. Tumis bawang putih sehingga wangi.
• Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kiub pati ayam.
• Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula (kalau nak, masa ni boleh masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli ataupun kacang peas)
• Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat.
• Tuang ke atas tofu telur tadi dan taburkan daun bawang (tak tabur pun sebab takde)

Kataku
Senang dan sedap. Makan begitu sahaja pun enak. Berkhasiat. Lagi-lagi kalau ada sayur-sayuran. Bawah ni contoh tofu yang I gunakan.

Saturday, September 21, 2013

Danish Butter Cookies


Bahan-bahan
• 125 gm (1/2 buku) mentega
• 45 gm (1/3 cawan) gula icing
• 140 gm (1 1/4 cawan) tepung top atau tepung gandum
• 1/4 sudu kecil baking powder
• 1/2 sudu kecil butter oil atau esen vanilla
• Chocolate chips atau kismis; untuk hiasan
• Gula halus; untuk tabur (optional)

Cara-cara
• Ayak tepung top/gandum bersama baking powder. Ketepikan.
• Putar mentega dan gula icing sehingga berkrim.
• Masukkan butter oil/esen vanilla. Kacau rata.
• Kemudian, masukkan tepung top/gandum dan baking powder yang dah diayak tadi. Pukul sebati.
• Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
• Selepas 1/2 jam, masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.
• Hias dengan chocolate chip atau kismis.
• Bakar pada suhu 150 C selama 15 minit (atau sehingga perang)
• Setelah masak, taburkan gula halus di atasnya (jika suka) dan biar sejuk.

Kataku
Bentukkan biskut ni ikut citarasa. Nak ikut sebijik-sebijik macam Danish Butter Cookies dalam tin warna biru tu ke, nak bentuk lain ke. Saiznya biarla sedang-sedang ke. Jangan la nipis sangat dan jangan la tebal sangat. Masa bakar, bila biskut dah sedikit perang tu dah cukup. Bila dah sejuk keras la dia.

Friday, September 20, 2013

Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)


1. SWEET BROTH (sup manis/ air syrup) 
Bahan-bahan
• 1 liter air
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ cawan gula batu/ gula perang/ gula melaka/ gula kastor/ gula pasir
• 2 inci halia (hiris)

Cara-cara
• Rebus air sehingga menggelegak 
• Masukkan daun pandan dan halia. Didihkan selama 5 minit.
• Masukkan gula, perlahankan api, dan reneh selama 15-20 minit.
• Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tips
• Adjust rasa manis ikut citarasa. Tambah sukatan air kalau nak air banyak. Tambah sukatan gula kalau nak manis.

2. TANG YUAN UNFILLED (kosong)

Bahan-bahan
• 2 cawan tepung pulut
• 1 sudu besar gula kastor
• 200 ml air
• Pewarna makanan (ikut citarasa)

Cara-cara
• Gaulkan tepung pulut bersama gula di dalam mangkuk.
• Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan (lebih lama menguli, ia semakin kurang melekit)
• Kalau nak tang yuan bewarna warni, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan.
• Uli lagi setiap satunya sehingga warna rata.
• Bentukkan bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2 cm.
• Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air.
• Bila bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sweet broth.

3. TANG YUAN FILLED (berinti)

Bahan-bahan
• 300 gm tepung pulut
• ½ cawan air (panas)
• 1 cawan air (suhu bilik)
• Pewarna makanan (ikut citarasa)
• Paste/ inti; ikut citarasa (kacang merah, gula melaka, kacang tanah, coklat, pandan kaya, dll)

Cara-cara
• Gaul tepung dengan air (panas) sedikit demi sedikit. 
• Kemudian masukkan air (suhu bilik) sedikit demi sedikit sambil terus mengaul. 
• Uli dengan tangan sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat pada tangan (jika masih melekit, tambah sedikit tepung)
• Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut citarasa.
• Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. 
• Selepas itu, boleh mula proses uli bebola dan masukkan inti (buat hingga habis)
• Rebuskan bebola dalam air yang sedang mendidih. Bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung.
• Hidang bebola bersama dengan sweet broth yang telah sejuk.

4. BLACK SESAME PASTE (cara buat sendiri inti 'black sesame')

Bahan-bahan
• 1/4 cawan black sesame seeds (bakar)
• 1/4 cawan gula
• 1/2 cawan butter (softened)

Cara-cara
• Kisar black sesame seeds sehingga menjadi serbuk halus (pakai food processor)
• Masukkan black sesame seeds yang dah dikisar tadi ke dalam kuali kecil dan panaskan dengan api sederhana.
• Masukkan butter dan gula dan kacau sehingga ia menjadi paste lembut.
• Angkat dan sejukkan ia di dalam peti sejuk.
• Sedia untuk dijadikan paste/ inti bagi tang yuan.

Tips
• Ketika merebus bebola, bila bebola dah masak dan timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar. Kemudian, barukah dihidangkan dalam mangkuk berisi sweet broth. Langkah ini adalah untuk menyejukkan bebola dan supaya bebola tidak overcooked. Juga untuk membuatkan teksturnya lebih kenyal dan sedap.
• Untuk tang yuan filled (berinti), ikutlah kreativiti masing-masing. Paste/inti boleh dibuat sendiri ataupun, nak lebih mudah, gunalah paste/inti yang dah siap dijual di kedai.
• Tang yuan ni sesuai dimakan bersama sweet broth yang sejuk. Sekiranya kurang sejuk, masukkan beberapa kiub ais dalam mangkuk bila ingin menikmatinya.

Kataku
Ini merupakan sejenis manisan yang digemari masyarakat cina. Menjadi antara juadah musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Terdapat kepelbagaian tang yuan iaitu berinti mahupun tanpa inti. Tang yuan tanpa inti (unfilled) selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Bagi tang yuan berinti (filled) pula, saiznya lebih besar sedikit sebab inti di dalamnya. Antara inti yang paling popular ialah black sesame, peanut, kacang merah, pandan kaya, coklat, dan lain-lain. Tang yuan dihidangkan bersama sweet broth (sup manis/ air syrup). Juga terdapat pelbagai jenis seperti sup halia dengan gula batu (paling popular), sup kacang merah, dan sebagainya.