Friday, July 3, 2015

Kek minyak


Bahan-bahan
• 5 biji telur
• 1/2 - 3/4 cawan gula halus
• 2 cawan tepung gandum - diayak
• 1 camca teh baking powder - diayak
• 1 cawan susu pekat
• 1 sudu besar ovallate
• 1 cawan minyak masak
• 1 sudu teh esen vanila
• 1 cawan minyak masak
• Perisa diingini (nenas/pisang/etc)
• Pewarna

Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata
4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama. Gaul rata
5. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna
6. Lenser tin kek berukuran 8x8x2 inci dgn mentega, tabur dgn gandum dan ratakan (jgn terlalu tebal)
7. Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis bagi mendapatkan corak seperti di bawah

8. Bakar pada suhu 170c selama 40-45 minit
* Utk menguji kek dah masak atau belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan agar permukaan kek tdk hangus. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong

Kataku
Kek yang sangat mudah nak buat, jimat kos, gebu, senang & simple.