Monday, November 11, 2013

Resepi Nasi Ayam Ipoh Hainan


Bahan sup
• Air secukupnya
• 1 ekor ayam (cuci sebersihnya)
• 4 ulas bawang putih (ketuk)
• 3 inci halia (hiris)
• 3 batang bawang (potong buah di bahagian bawah, ambil daun je)

• 1 biji sengkuang (potong dadu)
• 1 sudu besar serbuk lada sulah
• Daun sup dan daun bawang untuk ditabur atas sup (hiris halus)
• Garam

Cara sup
• Masuk semua bahan sup kecuali ayam, sengkuang dan lada sulah. Tutup periuk dan masak sehingga mendidih.
• Selepas ia mendidih, masukkan pula ayam. Biar ia masak selama 20 minit.
• Setelah ayam masak, angkat, tos dan ketepikan.
• Ambil air rebusan sebanyak 4 1/2 mug dan ketepikan sebagai bahan nasi.
• Ambil 1/2 cawan air rebusan lagi sebagai bahan cili.
• Baki air rebusan, didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah (tambah air jika air rebusan tersebut dah kurang)
• Masak sehingga mendidih. Perasakan sup secukup rasa.
• Tabur daun sup dan daun bawang yang dah di hiris ke dalam sup.

Bahan nasi
• 4 mug beras
• 4 1/2 mug air rebusan ayam (diketepikan dari cara sup tadi)
• 2 inci halia (tumbuk)
• 3 ulas bawang putih (tumbuk)
• 3 batang daun bawang (ambil bhgn bawah je; yg ada buah)

• 1 sudu besar minyak bijan
• 2 sudu besar sos tiram
• 2 helai daun pandan
• 4 sudu mentega/marjerin + sedikit minyak masak
• 1 sudu kecil garam

Cara nasi
• Cairkan mentega/majerin dalam periuk nasi.
• Tumis halia dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat hingga naik bau.
• Masukkan batang bawang dan daun pandan. 
• Bila dah layu sikit, masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau-kacau sebentar. 
• Masukkan beras, sedikit garam serta air rebusan ayam dan biar sehingga nasi masak.


Bahan ayam
• 1 ekor ayam (yang diketepikan dari cara sup tadi)
• 1 sudu kecil minyak bijan
• 1 sudu kecil kicap cair
• 1 senduk sup
• 1 biji tomato (hiris)
• 1/2 batang timun (hiris)

Cara ayam
• Ayam yang dah dimasak dan diketepikan tadi dipotong kecil agar mudah waktu makan nanti.
• Hidangkan dalam pinggan bersama tomato dan timun.
• Siramkan gabungan minyak bijan, kicap cair dan sup.

Bahan taugeh
• 1 mangkuk taugeh
• 1 senduk sup
• 1 sudu kecil minyak bijan
• 1 sudu kecil kicap cair
• Sedikit daun sup dan daun bawang (sebagai hiasan)
• Air (untuk celur taugeh)

Cara taugeh
• Didihkan sedikit air di dalam periuk. Bila air dah mendidih, terus tutup api.
• Masukkan taugeh dan terus tos (jangan celur lama agar taugeh tidak layu)
• Masukkan taugeh ke dalam mangkuk bersama kicap, sup dan minyak bijan. Kacau rata.
• Hidang dalam pinggan dan hias dengan daun sup dan daun bawang di atas taugeh tersebut.

Bahan cili
• 10-15 biji cili burung
• 6 biji cili merah
• 2 hiris halia (ambil dari sup)
• 5-6 ulas bawang putih
• 1/2 biji bawang besar
• 1/2 cawan air rebusan ayam
• 1 biji limau kasturi/ nipis
• Garam dan gula secukupnya

Cara cili
• Kisar semua bahan hingga hancur. Air cili jangan byk sgt, biar pekat (sukatan 1/2 cawan tu sudah mencukupi)

Bahan kicap
• 5 biji cili burung
• Sedikit halia (ambil dari sup)
• 4-5 ulas bawang putih
• Kicap pekat 
• Kicap cair
• Air rebusan ayam secukupnya
• Tepung jagung (bancuh dgn air)
• 2 sudu besar sos tiram

Cara kicap
• Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.
• Panaskan dalam periuk dengan api perlahan.
• Agak-agak panas, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Bahan hidang
• Timun
• Tomato

Cara hidang
• Hiris nipis timun dan tomato untuk dihidang bersama nasi.

Kataku
Ketika merebus ayam (air rebusan ayam), ayam harus betul-betul masak. Cara nak tahu ialah dengan mencucukkan garfu pada ayam tersebut dan tengok isi dalamnya. Biasanya 20 minit tu dah ok dah. Yang penting, air perlu betul-betul mendidih masa masukkan ayam. Sedap sangat resepi ni.. Macam kedai punya. Nampak macam rumit dan banyak step.. tapi sebenarnya tersangatlah mudah sebab bahan-bahan setiap satunya hampir sama. Masak special sikit sempena harijadi suami tersayang.. (takde la surprise sgt sbb birthday boy.. boy ke? pun ada membantu I di dapur hehe)

No comments:

Post a Comment