Sunday, July 7, 2013

Air Barli


Bahan-bahan
• 1 paket kecil barli (paling best barli dalam tin cap ayam brand)
• 2 cawan gula
• 3 - 4 jag air (1 periuk sederhana atau lebih)

Cara-cara
• Basuh dan rendam barli untuk seketika. 
• Masak barli bersama air dan gula di dalam periuk sehingga 1 jam atau lebih iaitu sehingga barli tu kelihatan putih serta air bertukar warna putih (I selalunya tak letak gula, nak minum baru letak)
• Angkat. Boleh diminum secara suam-suam panas atau sejuk.

Tips
• Rebus barli dari air penuh sehingga menjadi setengah periuk sederhana. Jika perlu, tambah air.
• Jika suka masukkan perahkan sedikit jus lemon di dalam air barli.

Kataku
I tak suka sangat minum barli ni. Suami suka. Barli ni elok diminum sebab mempunyai kebaikannya. Antara ialah:
• menyejukkan badan
• melancarkan penghadaman
• melawaskan kencing
• mencegah & merawat batu karang
• mengurangkan risiko sembelit
• menurunkan kadar kolesterol
• mencegah kanser
• mengurangkan risiko kencing manis
• memelihara buah pinggang

Jadi, amalkan la meminum air barli. Kita minum dulu..

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Terima kasih share cara rebus barli.
    Jemput ke blog saya pula ye.
    www.izcergas.blogspot.my
    Terima kasih

    ReplyDelete