Wednesday, July 3, 2013

Crunchy Nestum Cookies (Biskut Nestum Rangup)


Bahan-bahan A
• 1 cawan tepung gandum (ayak)
• 1 1/2 tsp serbuk penaik (ayak)
• 2/3 - 1 cawan bijirin nestum original (kisar halus)
• 1 cawan bijirin nestum original (tak perlu kisar)

Bahan-bahan B
• 125 gm butter
• 1/2 cawan gula kastor; boleh kurangkan 1-2 sudu besar untuk kurangkan manis
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1 biji telur gred A @ B

Bahan-bahan C (untuk hiasan)
• Buah ceri (potong kecil)
• Bijirin nestum secukupnya (letakkan di dalam sebiji pinggan)

Cara-cara
• Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
• Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati.
• Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
• Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut.
• Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit (I letak dalam bekas je sebab plastik pembalut takde. Simpan dalam peti sejuk bahagian bawah)
• Keluarkan adunan dari peti sejuk.

• Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola 

• Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.


• Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak.
• Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit (I bentukkan pakai tangan je. Buat leper-leper)

• Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan (Buah ceri pun tak letak sebab takde dalam stok hihi..Lagipun anak sulung tak suka)
• Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang (Bakar biskut guna api atas dan bawah) 
• Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tips
• Biskut yang betul cara bakarnya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
• Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja.

Kataku
Selalu buat resepi kek dan biskut dari internet banyak yang tak lengkap. So, walaupun buat banyak kali dan ikut resepi sebijik-sebijik pun, masih tak jadi. Tapi resepi ni dari kak naz dalam blognya memang menjadi menjadi, mudah dan sangat-sangat sedap. Maklum la, I ni beginner. Banyak benda tak tahu.

No comments:

Post a Comment