Thursday, July 11, 2013

Sambal Hati Tempe Goreng Pedas Berempah


Bahan-bahan
• 4 keping tempe (potong dan perap dengan serbuk kunyit dan garam) 
• 250 gram hati & pedal ayam (rebus dengan hirisan halia dan jintan putih untuk hilangkan bau hanyir. Setelah itu perap dengan serbuk kunyit dan garam)
• 4 sudu makan cili kisar
• 2 sudu makan sos tiram
• 1 sudu makan rempah kari ikan
• 1 sudu serbuk ketumbar
• 1 sudu makan kicap manis
• 1 sudu camca kecil serbuk lada sulah
• 100 gram tahu kering
• 100 gram soo hoon
• 4 batang kacang panjang (potong medium)
• Sedikit garam, minyak masak dan air

Cara-cara
• Goreng tempe dahulu dan ketepikan.
• Panaskan minyak.
• Tumiskan lada kisar, bila seakan dah berbuih masuk sos tiram dan kicap.
• Kacau, masukkan sedikit garam (kalau suka boleh masukkan gula atau kicap manis)
• Masukkan rempah kari ikan dan serbuk ketumbar, gaul rata.
• Bila kelihatan kering tambah sedikit air.
• Masukkan tahu kering dan soo hoon, kacau.
• Masukkan tempe dan hati serta pedal, kacau rata.
• Tambahkan lada sulah.
• Kalau kering tambah sedikit air.
• Masukkan kacang panjang dan biarkan 3 minit.
• Tutup api.

Kataku
Sedap dimakan bersama nasi ataupun dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment