Thursday, July 11, 2013

Tom Yam Mama



Bahan-bahan
• 3 ulas bawang putih 
• ½ labu bawang besar 
• 3 batang serai diketuk 
• 1 batang sederi (potong serong) 
• ½ pokok kobis bunga (potong ikut suka) 
• 1 batang lobak merah (potong ikut suka) 
• 2 batang daun sup (potong dalam 2 inci) 
• Sedikit daun ketumbar 
• 6 biji asam limau kasturi 
• 1 pati ayam maggi 
• Daging ayam (ikut suka) 
• Daging lembu (hiris nipis) 
• Udang (ikut suka) 
• Sotong (ikut suka) 
• Sedikit garam 
• Sedikit serbuk perasa 
• 2 kiub tomyam knorr 
• 5 tangkai cili padi (diketuk) 
• 4 helai daun limau purut

Cara-cara
• Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan batang daun sup sehingga naik bau.
• Masukkan ayam dan daging - goreng sebentar 
• Masukkan air dan pati ayam maggi dan kiub tom yam knorr.
• Masukkan lobak merah, bunga kobis - tunggu sampai empuk.
• Masukkan batang saderi - tunggu sekejap.
• Masukkan sotong dan udang.
• Masukkan daun limau purut.
• Masukkan cili padi.
• Masukkan garam dan serbuk perasa.
• Sebelum dihidangkan perahkan asam limau.

Tips
• Tujuan masukkan ayam dan daging dulu bagi menghilangkan hanyir.
• Semasa menghidang boleh ditabur daun ketumbar (kalau tak suka tak payah bubuh)
• Tak payah guna cili boh atau cili giling nak buat kuah jadi pedas, guna kiub knorr lagi sedap.

Kataku
Buat mihun atau kue tiau tomyam pun sedap. Sama cara cuma siramkan kuah tomyam atas kue tiau atau mihun yang dah dicelur. 

No comments:

Post a Comment