Friday, September 20, 2013

Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)


1. SWEET BROTH (sup manis/ air syrup) 
Bahan-bahan
• 1 liter air
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ cawan gula batu/ gula perang/ gula melaka/ gula kastor/ gula pasir
• 2 inci halia (hiris)

Cara-cara
• Rebus air sehingga menggelegak 
• Masukkan daun pandan dan halia. Didihkan selama 5 minit.
• Masukkan gula, perlahankan api, dan reneh selama 15-20 minit.
• Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tips
• Adjust rasa manis ikut citarasa. Tambah sukatan air kalau nak air banyak. Tambah sukatan gula kalau nak manis.

2. TANG YUAN UNFILLED (kosong)

Bahan-bahan
• 2 cawan tepung pulut
• 1 sudu besar gula kastor
• 200 ml air
• Pewarna makanan (ikut citarasa)

Cara-cara
• Gaulkan tepung pulut bersama gula di dalam mangkuk.
• Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan (lebih lama menguli, ia semakin kurang melekit)
• Kalau nak tang yuan bewarna warni, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan.
• Uli lagi setiap satunya sehingga warna rata.
• Bentukkan bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2 cm.
• Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air.
• Bila bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sweet broth.

3. TANG YUAN FILLED (berinti)

Bahan-bahan
• 300 gm tepung pulut
• ½ cawan air (panas)
• 1 cawan air (suhu bilik)
• Pewarna makanan (ikut citarasa)
• Paste/ inti; ikut citarasa (kacang merah, gula melaka, kacang tanah, coklat, pandan kaya, dll)

Cara-cara
• Gaul tepung dengan air (panas) sedikit demi sedikit. 
• Kemudian masukkan air (suhu bilik) sedikit demi sedikit sambil terus mengaul. 
• Uli dengan tangan sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat pada tangan (jika masih melekit, tambah sedikit tepung)
• Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut citarasa.
• Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. 
• Selepas itu, boleh mula proses uli bebola dan masukkan inti (buat hingga habis)
• Rebuskan bebola dalam air yang sedang mendidih. Bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung.
• Hidang bebola bersama dengan sweet broth yang telah sejuk.

4. BLACK SESAME PASTE (cara buat sendiri inti 'black sesame')

Bahan-bahan
• 1/4 cawan black sesame seeds (bakar)
• 1/4 cawan gula
• 1/2 cawan butter (softened)

Cara-cara
• Kisar black sesame seeds sehingga menjadi serbuk halus (pakai food processor)
• Masukkan black sesame seeds yang dah dikisar tadi ke dalam kuali kecil dan panaskan dengan api sederhana.
• Masukkan butter dan gula dan kacau sehingga ia menjadi paste lembut.
• Angkat dan sejukkan ia di dalam peti sejuk.
• Sedia untuk dijadikan paste/ inti bagi tang yuan.

Tips
• Ketika merebus bebola, bila bebola dah masak dan timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar. Kemudian, barukah dihidangkan dalam mangkuk berisi sweet broth. Langkah ini adalah untuk menyejukkan bebola dan supaya bebola tidak overcooked. Juga untuk membuatkan teksturnya lebih kenyal dan sedap.
• Untuk tang yuan filled (berinti), ikutlah kreativiti masing-masing. Paste/inti boleh dibuat sendiri ataupun, nak lebih mudah, gunalah paste/inti yang dah siap dijual di kedai.
• Tang yuan ni sesuai dimakan bersama sweet broth yang sejuk. Sekiranya kurang sejuk, masukkan beberapa kiub ais dalam mangkuk bila ingin menikmatinya.

Kataku
Ini merupakan sejenis manisan yang digemari masyarakat cina. Menjadi antara juadah musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Terdapat kepelbagaian tang yuan iaitu berinti mahupun tanpa inti. Tang yuan tanpa inti (unfilled) selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Bagi tang yuan berinti (filled) pula, saiznya lebih besar sedikit sebab inti di dalamnya. Antara inti yang paling popular ialah black sesame, peanut, kacang merah, pandan kaya, coklat, dan lain-lain. Tang yuan dihidangkan bersama sweet broth (sup manis/ air syrup). Juga terdapat pelbagai jenis seperti sup halia dengan gula batu (paling popular), sup kacang merah, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment