Monday, September 30, 2013

Bahulu Rose/ Pandan


Bahan-bahan (Saiz 20cm)
• 4 biji telur
• 1 - 1 1/2 cawan gula pasir
• 1 3/4 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh esen rose/pandan
• Sedikit pewarna merah/hijau

Cara-cara
• Pukul telur bersama gula sehingga kembang (betul-betul kembang dan ringan)
• Masukkan esen rose/pandan.
• Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.
• Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna (merah jika esen rose, hijau jika esen pandan). Kacau rata.
• Sapu acuan dengan minyak masak.
• Masukkan separuh adunan asal.
• Kemudian masukkan adunan berwarna
• Akhir sekali, masukkan baki adunan asal tadi (supaya menjadi 3 lapisan)
• Masak pada suhu 180c selama lebih kurang 1 jam.

Kataku
Resepi bahulu ni boleh dipelbagaikan lagi dengan menggunakan esen lain seperti strawberry, limau, dan lain-lain. Warna pula biarlah bersesuaian dengan perisa yang digunakan.

Untuk menghasilkan bahulu yang sedap, ringan dan tahan lama, jemur dulu tepung dan gula yang ingin digunakan untuk membuat bahulu di bawah sinaran matahari yang panas. Atau cara yang lebih mudah ialah dengan membakar sekejap tepung dan gula tersebut di dalam oven (selama beberapa minit). Cara ini walaupun mudah, tapi tidaklah sebaik tepung dan gula yang di jemur. Ini kerana bila dijemur, proses pengeringannya lebih semulajadi, perlahan-lahan dan bukan paksaan.

No comments:

Post a Comment