Thursday, September 12, 2013

Koktel Puding Karamel


Bahan karamel
• 3 sudu besar gula halus
• 3 sudu besar air

Bahan puding
• 1 tin (500g) susu pekat
• 5 biji telur
• 2 sudu besar tepung jagung
• 2 cawan air
• 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
• Cairkan gula dan air sehingga pekat (karamel) dengan api sederhana. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
• Masukkan semua bahan puding dan gaul hingga sebati.
• Masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi dan kukus selama 40 minit.
• Sejukkan semalaman.
• Terbalikkan di dalam pinggan dan hiaslah dengan buah-buahan koktel.


Kataku
Puding ni semasa buat karamel tak perlu hangus sangat. Biar air gula kekal bewarna jernih, baru sesuai dimakan bersama buah-buahan koktel. Tapi kalau nak makan begitu je pun boleh jugak..sedap.

No comments:

Post a Comment