Sunday, September 15, 2013

Sandwich Telur


Bahan-bahan
• 4 keping roti putih
• 4 sudu mayonis
• 2 biji telur (direbus hingga masak)
• 1 biji tomato (hiris)
• 1/2 labu bawang besar (potong dadu)
• 1 sudu teh lada sulah
• 1/2 - 1 sudu teh garam

Cara-cara
• Kupas telur dan hancurkan.
• Masukkan mayonis. Gaul hingga sebati.
• Selepas itu, masukkan bawang, lada sulah dan garam. Gaul lagi sehingga rata.


• Sapukan ke atas roti tadi.
• Kemudian, letakkan hirisan tomato.
• Cantumkan sekeping lagi roti di atasnya. Potong dua secara menyerong (menjadi bentuk segitiga)

Kataku
Selain dimakan sebagai breakfast, sesuai juga untuk piknik. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk.

No comments:

Post a Comment