Bahan-bahan
• 3 ekor ikan baung (size sederhana)
• 2 batang serai (ketuk hingga pecah)
• 1 helai daun kunyit (simpul)
• 1 senduk tempoyak
• 2-3 cawan air
• Garam
Bahan tumbuk (lumat)
• 1 genggam cili padi
• 1 1/2 inci kunyit
Cara-cara
• Gaul bahan tumbuk bersama tempoyak dan masukkan ke dalam periuk.
• Masukkan air bersama daun kunyit & garam. Masak sampai mendidih.
• Masukkan ikan dan renih-didihkan sehingga ikan masak serta kuah sedikit pekat.
Tips
• Jika tempoyak yang digunakan jenis yang terlalu masam, tambahkan gula untuk meneutralkan rasa.
Kataku
Resepi ini sangatlah simple dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Tapi rasanya sedap seperti original masak tempoyak pahang. Takde ikan baung, ikan lain boleh je.. seperti ikan patin, ikan toman, dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment