Bahan-bahan
• 8 keping roti
• Marjerin/ planta
• Sos cili
• Mayonis
Bahan omelette
• 4 biji telur
• 2 sudu makan susu tepung dibancuh dengan 60ml air atau 60ml fresh milk/ susu cair
• 1/2 biji bawang besar holland (potong dadu)
• Daun bawang (hiris halus)
• 1 biji cili merah (hiris halus)
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 sudu teh gula
• Serbuk lada sulah/ lada hitam
Cara-cara
• Satukan semua bahan omelette. Kacau hingga sebati.
• Panaskan kuali leper/ frypan (buat roti canai/ burger) dengan api yang perlahan.
• Sapu sedikit marjerin/planta dan sendukkan 1 senduk adunan omelette ke atas frypan.
• Tampalkan sekeping roti di atasnya.
• Bakar selama 1-2 minit (tak perlu balikkan roti)
• Ulang langkah di atas hingga habis.
• Sapu mayonis dan sos cili di atas omelette yang telah melekat di roti tadi hingga rata. Kemudian, lipat dua.
Kataku
Sesuai untuk sarapan pagi. Bila makan roti ni terasa cair di dalam mulut.
No comments:
Post a Comment