Thursday, July 3, 2014

Ketam Goreng Telur Masin


Bahan-bahan
• 3 ekor ketam bunga (yang besar) - bersihkan and potong dua/empat
• 5 biji kuning telur masin
• 5/6 batang cili padi (hiris halus)
• 2 tangkai daun kari (ambil daun je)
• 2 sudu makan mentega
• 3 sudu makan susu cair
• 2 sudu teh gula
• garam & lada sulah secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
• Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan dengan sudu sampai berderai. Ketepikan
• Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan
• Dlm kuali bersih, tumis mentega bersama cili padi dan daun kari hingga wangi
• Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek ke dalam kuali. Gaul hingga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi
• Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul
• Akhir sekali, masukkan ketam yang dah digoreng tadi

Kataku
Resipi ini cukup ringkas tapi sgt sedap. Makan bersama nasi. Juga sedap di mkn begitu saja.

Saturday, March 1, 2014

Kuah Nasi Berlauk


Bahan-bahan
• Beberapa ekor ikan selar kuning
• Santan dari setengah biji kelapa
• 5 batang kacang panjang (potong anggaran 3-5 cm)
• 5 tangkai cili
• 1 sudu kecil serbuk kunyit (tak perlu kalau nak kuah putih)
• Garam dan aji secukup rasa

Bahan tumbuk
• 1 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil udang kering

Cara-cara
• Masak santan bersama serbuk kunyit dan bahan tumbuk sehingga mendidih (kacau supaya tidak pecah lemak)
• Masukkan ikan, kacang panjang, garam dan aji dan reneh dgn api perlahan.

Kataku
Rasanya seperti gulai nasi berlauk Terengganu. Makan bersama nasi putih dan sambal belacan.

Puding Karamel (susu pekat)


Bahan karamel
• 3 sudu besar gula pasir
• 2 sudu besar air

Bahan puding
• 1 tin susu pekat manis
• 7 biji telur
• 1 cawan air
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 1 sudu kecil tepung kastard

Cara karamel
• Cairkan gula dalam loyang atas api sederhana. 
• Masak sampai gula kekuningan.
• Bila dah cair, lenggangkan loyang supaya gula rata. 
• Bila keseluruhan gula hangus/ keperangan, tambah air dan ketepikan (ia akan cair sepenuhnya)

Cara puding
• Pecahkan telur dlm bekas. Pukul sedikit je (cukup kuning dan putih telur sebati)
• Masuk esen vanilla dan susu pekat. Kacau rata guna senduk.
• Masukkan air dan kacau sampai sebati.
• Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi.
• Bakar pada suhu 170c selama 45 minit menggunakan kaedah bain marie.
• Sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan.

Kataku
Enak dimakan ketika sejuk. Cara nak tahu puding dah masak atau belum, permukaannya tidak bergoyang.

Friday, February 21, 2014

Resepi cucur kembong (cucur manis)


Bahan-bahan
• 3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
• 3/4 cawan gula pasir halus (lebihkan jika suka manis)
• 1/2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar mayonis
• 1 biji telur
• 1/2 sudu esen vanilla atau ros (tak letak pun takpe)
• Air suam secukupnya
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
• Masuk kesemua bahan kecuali air suam. Gaul rata
• Masuk air sedikit demi sedikit seperti membuat bancuhan jemput-jemput. Gaul sebati
• Perap lebih kurang 20 minit atau sehingga bancuhan kembang
• Panaskan minyak dgn api sederhana (sebelum menggoreng, gaul rata bancuhan supaya rata)
• Jemputlah bancuhan dalam bentuk bulat-bulat atau lonjong dan goreng sehingga kekuningan

Kataku
Api jangan terlalu panas, dikuatiri hangus di bahagian luar tetapi tidak masak di dalam.

Monday, February 17, 2014

Kari Ayam


Bahan-bahan
• 1/2 ekor ayam
• Rempah 4 sekawan (cengkih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 2 ulas bawang merah (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• 1 paket rempah kari ayam adabi
• Sedikit air asam jawa
• 1 cawan santan pekat
• 4 tangkai daun kari
• 2 batang cili merah (belah 2; jgn sampai putus)
• 1 batang terung panjang (hiris)
• Garam dan aji secukup rasa

Cara-cara
• Tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari sehingga wangi.
• Masukkan rempah kari ayam yg dah dibancuh sedikit air dan masak sehingga terbit minyak.
• Masukkan ayam dan santan pekat.
• Masukkan air asam jawa, cili merah dan terung panjang.
• Perasakan dengan aji dan Garam.

Kataku
Enak di makan bersama nasi ataupun roti jala.

Ikan Siakap Masak Stim


Bahan-bahan
• 1 ekor ikan siakap
• 2 helai daun limau purut
• 1 tangkai daun sup (potong pendek)
• 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
• 1 cawan air
• 1-2 biji tomato (potong 4)
• Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiris
• 2 batang serai (hiris nipis)
• 5 biji cili padi
• 3 ulas bawang putih
• 1 labu bawang besar (hiris bulat)
• 1 inci halia

Cara-cara
• Gaul ikan dengan garam dan limau. Perap lebih kurang 15 minit.
• Letak ikan dlm bekas yg sesuai dan taburkan bahan hiris, garam, gula dan jus limau nipis.
• Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga ikan masak.
• Setelah masak, tabur daun sup dan hirisan tomato.

Kataku
Kalau nak berkuah, lebihkan air.

Hati Lembu Masak Kicap


Bahan-bahan
• 500 gm hati lembu
• 1 sudu besar cili kering (kisar)
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu besar kicap pekat
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu kecil air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• Garam (jika perlu)
• 3-4 biji cili padi (ketuk)

Bahan kisar
• 1 labu bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1/2 inci halia muda

Bahan hiris
• 1 batang cili merah
• 1 biji bawang besar

Cara-cara
• Rebus hati lembu bersama sedikit garam sehingga masak. Dah masak, hiris dan ketepikan.
• Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
• Masuk kicap pekat, kicap manis, sos tiram, cili padi dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.
• Masuk hati, garam (jika perlu) dan gula. Gaulkan.
• Masuk air asam jawa, cili merah dan bawang besar.

Kataku
Petua utk hilangkan bau hati lembu, gaul hati dgn tepung gandum dan sedikit air. Biar selama 15 minit kemudian cuci bersih dan toskan. Hati dimasak dgn api sederhana sahaja kerana api yg kuat akan menyebabkan ia menjadi keras kerana masak secara mengejut. Ia juga tak perlu dimasak terlalu lama kerana ia tiada urat seperti daging.

Saturday, January 25, 2014

Tumis Kacang Panjang


Bahan-bahan
• 300 gm kacang panjang (patahkan pendek-pendek)
• 1 batang carrot (hiris memanjang)
• 1 genggam udang kertas kecil
• Sedikit minyak bijan
• Sedikit sos nampla (sos ikan)
• Sedikit air

Bahan tumbuk lumat
• 2 biji bawang merah
• 2 ulas putih
• 1 biji cili merah
• 1 sudu besar udang kering (rendam sebentar)
• 1 sudu kecil belacan (panggang)

Cara-cara
• Cuci udang kertas. Tos dan ketepikan dulu.
• Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sampai wangi.
• Masukkan udang kertas, goreng sampai udang masak.
• Masukkan kacang panjang dan carrot. Kacau rata.
• Masukkan sos nampla dan minyak bijan. Kacau rata (jika agak kering, masuk sedikit air).
• Bila sayur dah layu, tutup api.

Kataku
Garam tidak diperlukan kerana sos nampla sudah ada kemasinannya. Tapi kalau takde sos nampla, baru guna garam secukup rasa.

Resepi Ayam Masam Manis Ala Cina (Chicken Sweet Sour)


Bahan-bahan
• Ayam; potong kecil-kecil anggaran 1 suapan (bite-sized)
• Garam dan pepper
• 1 biji telur (dipukul)
• Tepung jagung secukupnya
• 1 biji capsicum merah/hijau (potong dadu)
• 1 biji tomato (potong dadu)
• 1 biji bawang besar (potong dadu)
• 1 biji cili merah/hijau (hiris)
• 1 sudu kecil halia (cincang)
• 3 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos plum
• 1 sudu besar sos cili
• Sedikit serbuk lada putih

Cara-cara
• Gaulkan ayam yang dah dipotong bersama garam dan pepper (I tambahkan serbuk cili, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis)
• Celup ayam dalam telur yang dah dipukul lalu golekkan pula di atas tepung jagung sehingga keseluruhan ayam bersalut tepung.
• Terus goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Goreng sehingga warnanya menjadi keemasan.
• Angkat dan ketepikan.
• Tumis bawang besar, cili dan halia sebentar.
• Masukkan sos tomato, sos plum dan sos cili lalu kacau rata.
• Tambahkan sayuran seperti capsicum dan tomato (I tambah nenas yang dah dihiris anggaran bite-sized). Biar sebentar.
• Tambahkan serbuk lada putih dan biar ia mereneh selama 5 minit atau sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
• Hidangkan ayam yang dah digoreng tadi di atas pinggan hidang.
• Siramkan sos masam manis yang dimasak tadi di atasnya.

Kataku
Dalam gambar di atas tu nampak berkuah sedikit. Saja buat berkuah sebab budak-budak yg nak makan. Sepatutnya tak berkuah. Kuahnya kena pekat melekat pada ayam. Sesuai juga untuk ikan tanpa tulang. Sama je cara dan konsepnya. Buang tulang dulu baru potong anggaran bite-sized.

Friday, January 24, 2014

Resepi Sayur Masak Sos Tiram Ala Cina (Vegetables With Oyster Sauce)


Bahan-bahan
• 1 paket bak choy/choy sum atau apa-apa sayuran berdaun hijau
• 1 ulas bawang putih (cincang)
• 1 biji bawang merah (hiris nipis)
• 1 sudu besar minyak bijan
• 3 sudu besar sos tiram
• Serbuk lada putih
• Sedikit MSG (kalau suka)

Cara-cara
• Celup sayuran dalam air mendidih selama 20-30 saat. Toskan dan susun di atas pinggan hidang.
• Panaskan minyak bijan dan tumis bersama bawang putih dan bawang merah.
• Tambahkan air dan biar mendidih.
• Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan MSG. 
• Renehkan selama 5 minit.
• Alihkan dari api dan siram di atas sayuran tadi.

Kataku
Sedap dihidang bersama nasi dan ayam masam manis atau lauk pauk Chinese style.