Bahan-bahan
• 4 keping roti gardenia
• 4 sudu besar sos bolognaise atau sos tomato
• 50g - 100g keju mozzarella atau cheddar atau kedua-duanya; parut atau sagat
• Topping secukupnya
Cara-cara
• Susun roti membentuk 1 segiempat besar (roti boleh dilenyek supaya leper atau dalam bentuk asalnya)
• Sapukan sos bolognaise atau sos tomato di atas roti.
• Letakkan topping secara rata di atas roti tadi. Topping jangan terlalu nipis, dan jangan terlalu tebal.
• Taburkan keju yang dah diparut atau disagat di atasnya.
• Sedia untuk dibakar di dalam oven selama 10 - 15 minit dalam suhu 190 darjah. Kalau nak garing, bakar lama sikit.
Bahan topping (sardin)
• 1 tin kecil sardin
• 2 biji cendawan butang; hiris nipis
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 ulas bawang putih; cincang
• 1 labu bawang besar; cincang
• 1 sudu teh lada sulah
• Secubit garam
Cara topping (sardin)
• Sardin dihancurkan bersama airnya sampai halus. Ketepikan.
• Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
• Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
• Masukkan sardin tadi dan biar sardin masak.
• Masukkan cendawan, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Kataku
Topping boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Tapi kalau nak yang mudah-mudah dan tak perlu masak dulu, boleh pakai makanan segera dalam tin seperti tuna, kari ayam, rendang, serunding, sambal udang ataupun lebihan makanan semalam asalkan bersesuaian. Tapi untuk ayam atau daging, jangan lupa hancurkan isinya dan buang tulangnya dahulu. Kang tercekik pulak. Tak pernah dibuat orang, tercekik makan pizza.
Untuk keju pula, keju mozzarella paling sesuai digunakan. Kejunya akan meleleh ketika dimasak dan bila ditarik, nampak bertali. Keju parmesan pula sesuai dijadikan taburan pizza dan spagetti. Manakala keju cheddar pula merupakan keju yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Rasanya lazat dan aroma yang tidak terlalu tajam amat sesuai utk semua jenis masakan.
No comments:
Post a Comment