Tuesday, November 19, 2013

Pavlova


Bahan-bahan
• 4 biji putih telur
• 1/2 - 1 cawan gula kastor
• 1 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu kecil cuka makan
• 1/2 sudu kecil esen vanilla
• Whipped cream secukupnya
• Buah-buahan spt mangga, blueberi, strawberi, pisang, kiwi atau apa2 yg sesuai; seeloknya buah yg masam agar balance dgn rasa manis pavlova

Cara-cara
• Panaskan oven dgn suhu 150 c
• Pukul putih telur dgn kelajuan perlahan hingga menjadi 'soft peak' iaitu kembang dan berbuih seperti buih sabun. Tips penting:
i) Peralatan perlu betul2 bersih dari sebarang air atau kesan minyak
ii) Telur perlu berada dlm suhu bilik, jangan guna telur sejuk
iii) Telur putih tak boleh ada setitik pun kuning telur atau anasir2 lain

• Masuk gula sedikit demi sedikit sambil memukul adunan. Tambah kelajuan mixer hingga maximum. Tambah setahap demi setahap
• Terus pukul adunan sehingga ia menjadi meringue yg sempurna. Cara nak tahu ia sempurna atau tidak:
i) Gula hancur sepenuhnya; apabila digesel dgn jari, tidak rasa berbiji
ii) Adunan menjadi putih berkilat

iii) Apabila ditarik, ia mengeluarkan tanduk di hujung (hujung yg tajam)

iv) Bila ditonggeng/ diterbalikkan bekas adunan, ia tidak jatuh
• Masuk esen vanila diikuti cuka dan tepung jagung. Gaul hingga sebati dgn menggunakan senduk kayu/ spatula. Gunakan kaedah kaup balik (tepung jagung dan cuka diguna utk mendapatkan tekstur garing pada kulit meringue tapi lembut di dlm)
• Ambil baking paper & lukis bulatan bersaiz 7-8 cm. Terbalikkan kertas dan letak dlm loyang
• Letak meringue atas baking paper. Bentukkan mengikut bulatan yg dilukis. Bahagian tepi lebih tinggi dari tengah (blh guna piping bag/ spatula utk cantikkan pavlova)

• Turun suhu ke 110-120 c dan bakar selama 60-75 minit (letak di bahagian tengah rak). Berhati2 dgn suhu dan cara pembakaran. Tips penting:
i) Pavlova di msk dgn api sederhana. Bila suhu tak cukup panas, blh membuat meringue cair manakala suhu yg terlalu panas, dikhuatiri kulit sudah garing tapi di dalam masih tidak masak
ii) Suhu dan penggunaan oven tak semestinya sama. Ada yg guna api bawah, ada yg guna api atas, dan ada yg guna api atas dan bawah. Yg penting, sentiasa periksa keadaan pavlova di dlm oven dan pandai-pandailah bermain dgn apinya
• Meringue yang dah masak, warnanya akan bertukar ke warna coklat muda/ perang
• Jika dah masak, jgn terus keluarkan dari oven. Biar ia dalam oven selama 10-30 minit (buka sedikit pintu oven)
• Setelah sejuk, sapu whipped cream di atasnya (whipped cream blh dibeli yg dah siap di kedai ataupun buat sendiri. Sekiranya nak buat sendiri, di bawah ada bahan2 dan caranya)

• Tabur/ susun buah-buahan yang dah dipotong di atas whipped cream

Bahan topping (whipped cream)
• 1/2 cwn non diary whipping cream
• 1/2-1 sudu kecil gula halus
• 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara topping (whipped cream)
• Pukul whipping cream hingga kental
• Bila whipping cream dah kental, masuk gula dan esen vanila. Pukul lagi (esen vanilla dan gula kalau tak nak letak pun takpe sbb whipping cream dah ada kemanisannya)
• Masuk whipped cream dlm plastik dan simpan dlm freezer sekejap.
• Bila nak mkn, baru picit whipped cream di atas pavlova

Kataku
Suhu yg ditulis di atas ikut oven I. Tapi tak semua oven sama. Kang salah bagi, tak menjadi pulak pavlova org. I pun first time buat hangus sbb betul2 ikut suhu dan cara bakar resepi yg I jumpa tu. Second try baru dapat. Itupun try-try sendiri je.. So, try dulu ok? Bagi yg tak pernah mkn atau lihat pavlova, tekstur yg sepatutnya ialah kulit luar garing tapi dlmnya lembut seperti marshmallow. Boleh terus dimakan ataupun disejukkan. 

I suka pelbagaikan pavlova sbb jarang beli buah. Salah satu yg pernah I cuba, ganti buah dgn jem. Sedap..I lagi suka dgn jem dari buah. Tapi masa buat pavlova, kurangkan la sukatan gula agar tidak terlalu manis. Whipped cream pula, kalau buat sendiri, jgn letak gula. Jem jgn disapu terlalu byk. Sapu nipis je di atas whipped cream. Lepas tu parutkan sedikit coklat di atasnya...

No comments:

Post a Comment