Bahan-bahan (5 biji)
• 100g butter
• Sedikit butter (utk di sapu pada ramekin)
• 2 sudu kecil serbuk koko (utk di sapu pada ramekin)
• 100g cooking chocolate
• 2 biji telur gred A
• 2 biji kuning telur (putih telur blh simpan buat pavlova)
• 120g gula halus
• 120g all purpose flour/ tepung gandum
Cara-cara
• Panaskan ketuhar pada 170c.
• Oleskan butter pada ramekin.
• Lapik kertas minyak di bahagian bawah ramekin (taknak pun takpe, cukup sekadar sapu butter)
• Ayak serbuk koko di sekeliling ramekin.
• Dengan kaedah double boiler, cairkan butter dan chocolate.
• Dah larut, alihkan dari api. Kacau biar rata dan ketepikan (biar ia menyejuk selama 10 minit)
• Pukul telur, kuning telur dan gula hingga pekat dan gebu (warna jadi pucat)
• Masukkan campuran chocolate dan butter tadi dan kacau rata.
• Masukkan tepung dan kaup sehingga sebati.
• Sendukkan adunan ke dalam ramekin 80% penuh.
• Bakar selama 12 minit.
• Berhati-hati keluarkan dessert dari acuan (terbalikkan ramekin di atas pinggan)
• Hidangkan semasa panas bersama aiskrim vanilla ataupun whipped cream.
Kataku
Dessert ni sangatlah sedap. Lagi-lagi jika dimakan bersama aiskrim vanilla. Dessert hangat bersama aiskrim yg sejuk..hmm! Tekstur kek ni ialah keras di bahagian tepi/luar tapi cair di dalam. Jika terlebih masa membakar, dalamnya akan menjadi keras. Walaupun rasanya tetap sedap tapi takde la coklat cair tu. Jadi kek coklat biasa je la. Nak mudah, sediakan bancuhan dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru bakar. So, boleh la dihidang panas-panas.
Bagi sesiapa yg tak tahu apa itu ramekin.. Ia merupakan mangkuk kaca/seramik kecil yg digunakan utk membakar/memasak makanan bersuhu tinggi. Ia tahan dgn suhu panas jadi amat sesuai digunakan dalam oven, microvawe mahupun di directkan pada api dari cooking torch (spt membuat creme brulee). Selalu digunakan utk dish spt crème brûlée, french onion soup, molten chocolate lava cake, potted shrimps, dan pelbagai lagi. Bentuknya selalunya bulat tapi sekarang sudah boleh didapati dlm pelbagai bentuk spt bunga, bintang mahupun love.
I takde pun ramekin ni. Sebab nak sgt makan kek molten lava ni, I guna aluminum foil dan bentukkan sendiri guna cawan, hehe.. So, sapa2 yg takde ramekin blh la buat cara I mcm kat bawah ni..
No comments:
Post a Comment