Bahan-bahan (35 biji)
• 150 gm butter
• 185 gm tepung naik sendiri
• 150 gm gula kastor
• 1/2 sudu teh soda bikarbonat
• 3 biji telur
• 1 sudu teh vanilla
Bahan icing
• 100 gm butter
• 200 gm gula icing
• 2 sudu kecil air panas
• 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
• Pukul butter dan gula hingga kembang.
• Masuk telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla sambil terus memukul.
• Masukkan tepung yang dah digaul dgn soda bikarbonat. Adun sebati.
• Susun kertas kek cawan dlm acuan.
• Masuk adunan hingga 3/4 penuh.
• Bakar pada suhu 180c selama 10 minit.
• Biarkan kek sejuk dan sapukan icing di atasnya.
• Taburlah manik, chocolate rice ataupun chocolate chip di atasnya.
Cara icing
• Pukul butter dan gula icing hingga kembang.
• Masuk esen vanila dan air panas.
• Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
Kataku
Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum letak icing. Kek cawan ni sangatlah mudah dan gerenti jadi walaupun untuk beginner. Rasanya pun sedap. Makan begitu saja pun sedap. Makan dengan icing lagi la sedap. Kalau atas icing tu siram coklat ganache lagi lagi la sedap.
No comments:
Post a Comment