Bahan kek
• 4 cawan tepung naik sendiri
• 3 biji telur
• 2 cawan gula pasir
• 1 cawan planta
• 5 sudu besar serbuk koko
• 1 sudu teh esen vanilla
Bahan topping
• 1 biji telur ayam
• 1/2 cawan gula pasir
• 6 sudu besar serbuk koko (nak lebih pun boleh)
• 1 sudu besar planta
• 1 cawan air suam
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan badam cincang (panggang)
Cara kek
• Pukul gula bersama planta hingga
kembang.
• Masukkan telur dan pukul lagi.
• Masukkan tepung dan serbuk koko dan pukul lagi.
• Setelah adunan sebati, tuang
dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 30 minit
Cara topping
• Panaskan kuali dan cairkan planta.
• Masukkan gula dan kacau hingga ia larut/ hancur
• Sementara menunggu gula larut/ hancur, pukul telur bersama susu cair hingga sebati dan tuang ke dalam gula tadi.
• Tambahkan serbuk koko dan kacau hingga agak pekat dan boleh dituangkan di atas kek tadi.
• Hias kek dengan taburan badam cincang yang telah dipanggang.
Kataku
No comments:
Post a Comment