Bahan-bahan:
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 5 biji bawang merah (tumbuk)
• 4 ulas bawang putih (tumbuk)
• 1 inci halia (tumbuk)
• 3 sudu besar serbuk cili
• 2 sudu kecil serbuk ketumbar
• 2 sudu kecil serbuk jintan manis
• 3-4 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu serbuk kunyit
• 1 biji telur
• Garam secukup rasa
• Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
• Gaulkan ayam dengan semua bahan sehingga sebati.
• Perap ayam selama 2 hingga 3 jam.
• Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Kataku
Terdapat pelbagai versi ayam goreng berempah. Resepi ini ayamnya garing dan enak.
No comments:
Post a Comment