Friday, November 29, 2013

Molten Lava Chocolate Cake a.k.a Hot Chocolate Fondant


Bahan-bahan (5 biji)
• 100g butter
• Sedikit butter (utk di sapu pada ramekin)
• 2 sudu kecil serbuk koko (utk di sapu pada ramekin)
• 100g cooking chocolate
• 2 biji telur gred A
• 2 biji kuning telur (putih telur blh simpan buat pavlova)
• 120g gula halus
• 120g all purpose flour/ tepung gandum

Cara-cara
• Panaskan ketuhar pada 170c.
• Oleskan butter pada ramekin.
• Lapik kertas minyak di bahagian bawah ramekin (taknak pun takpe, cukup sekadar sapu butter)
• Ayak serbuk koko di sekeliling ramekin.
• Dengan kaedah double boiler, cairkan butter dan chocolate.
• Dah larut, alihkan dari api. Kacau biar rata dan ketepikan (biar ia menyejuk selama 10 minit)
• Pukul telur, kuning telur dan gula hingga pekat dan gebu (warna jadi pucat)
• Masukkan campuran chocolate dan butter tadi dan kacau rata.
• Masukkan tepung dan kaup sehingga sebati.
• Sendukkan adunan ke dalam ramekin 80% penuh.

• Bakar selama 12 minit.

• Berhati-hati keluarkan dessert dari acuan (terbalikkan ramekin di atas pinggan)

• Hidangkan semasa panas bersama aiskrim vanilla ataupun whipped cream.

Kataku
Dessert ni sangatlah sedap. Lagi-lagi jika dimakan bersama aiskrim vanilla. Dessert hangat bersama aiskrim yg sejuk..hmm! Tekstur kek ni ialah keras di bahagian tepi/luar tapi cair di dalam. Jika terlebih masa membakar, dalamnya akan menjadi keras. Walaupun rasanya tetap sedap tapi takde la coklat cair tu. Jadi kek coklat biasa je la. Nak mudah, sediakan bancuhan dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru bakar. So, boleh la dihidang panas-panas.

Bagi sesiapa yg tak tahu apa itu ramekin.. Ia merupakan mangkuk kaca/seramik kecil yg digunakan utk membakar/memasak makanan bersuhu tinggi. Ia tahan dgn suhu panas jadi amat sesuai digunakan dalam oven, microvawe mahupun di directkan pada api dari cooking torch (spt membuat creme brulee). Selalu digunakan utk dish spt crème brûlée, french onion soup, molten chocolate lava cake, potted shrimps, dan pelbagai lagi. Bentuknya selalunya bulat tapi sekarang sudah boleh didapati dlm pelbagai bentuk spt bunga, bintang mahupun love. 

I takde pun ramekin ni. Sebab nak sgt makan kek molten lava ni, I guna aluminum foil dan bentukkan sendiri guna cawan, hehe.. So, sapa2 yg takde ramekin blh la buat cara I mcm kat bawah ni..


Wednesday, November 27, 2013

Kek Cawan Vanilla


Bahan-bahan (35 biji)
• 150 gm butter
• 185 gm tepung naik sendiri
• 150 gm gula kastor
• 1/2 sudu teh soda bikarbonat
• 3 biji telur
• 1 sudu teh vanilla

Bahan icing
• 100 gm butter
• 200 gm gula icing
• 2 sudu kecil air panas 
• 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
• Pukul butter dan gula hingga kembang.
• Masuk telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla sambil terus memukul.
• Masukkan tepung yang dah digaul dgn soda bikarbonat. Adun sebati.
• Susun kertas kek cawan dlm acuan.
• Masuk adunan hingga 3/4 penuh.
• Bakar pada suhu 180c selama 10 minit.

• Biarkan kek sejuk dan sapukan icing di atasnya.

• Taburlah manik, chocolate rice ataupun chocolate chip di atasnya.

Cara icing
• Pukul butter dan gula icing hingga kembang.
• Masuk esen vanila dan air panas.
• Pukul lagi hingga putih dan berkrim.

Kataku
Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum letak icing. Kek cawan ni sangatlah mudah dan gerenti jadi walaupun untuk beginner. Rasanya pun sedap. Makan begitu saja pun sedap. Makan dengan icing lagi la sedap. Kalau atas icing tu siram coklat ganache lagi lagi la sedap.

Sunday, November 24, 2013

Simple Sosej Roll


Bahan-bahan
• 4 keping roti (buang tepi)
• 2 batang sosej (celur air panas dan potong dua)
• 1 sudu besar tepung gandum
• Secubit lada hitam/sulah
• Secubit garam
• Air secukupnya
• Breadcrumbs secukupnya

Cara-cara
• Bancuh tepung gandum bersama air, lada hitam/sulah dan garam. Ketepikan.
• Letak sebatang sosej (yg dah dipotong dua) di atas roti dan gulung. Tekan-tekan sikit roti tapi tak perlu terlalu leper.
• Gam bahagian tepi menggunakan bancuhan tepung gandum tadi supaya melekat. 
• Golekkan roti di dalam bancuhan tepung gandum, dan seterusnya golekkan pula di atas breadcrumbs (serbuk roti)
• Akhir sekali, goreng sehingga keperang-perangan.

Kataku
Dah banyak resepi sosej roll sebelum ni tapi ini yg paling simple. Cukup sekadar roti, sosej dan tepung gandum (utk gam). Bahan lain seperti lada hitam/sulah, garam dan breadcrumbs, taknak pun takpe.

Friday, November 22, 2013

Acar Timun Jepun


Bahan-bahan
• 4 biji timun jepun (bersih, buang biji dan potong panjang)
• 3 biji bawang merah besar (mayang halus)
• 1 biji lobak merah (sagat halus)
• 1 sudu kecil garam halus
• 2 sudu besar gula pasir
• 3 biji lada besar merah @ cili padi (mayang halus)
• 2 sudu besar cuka putih

Cara-cara
• Gaulkan semua hingga sebati

Kataku
Ringkas dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan salah satu lauk untuk dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato mahupun nasi dagang. Cuma kurang sesuai bersama nasi lemak hehe.

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan (4 orang)
• 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
• Sedikit garam dan kunyit
• 1 biji tomato (potong dadu)
• 1/2 cawan sos tomato
• 1/2 biji bawang besar (hiris bulat)
• Kacang hijau secukupnya
• Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan kisar
• 4-5 biji cili kering
• 1 cm halia
• 2 ulas bawang putih
• 1 labu bawang besar

Cara-cara
• Gaul ayam dgn garam dan kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak.
• Tumis bahan kisar hingga naik bau.
• Masukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
• Masuk ayam dan biar kuah pekat (kacau sekali sekala)
• Bila kuah dah pekat, masuk bawang besar dan kacang hijau. Biar 1-2 minit, padam api.

Kataku
Sesuai dimakan dengan nasi tomato. Tujuan masukkan gula utk meneutralkan rasa masam tomato. Kalau taknak letak pun takpe.

Nasi Tomato


Bahan-bahan (4 orang)
• 2 cawan beras basmati (beras biasa pun boleh)
• 2 biji tomato (potong dadu)
• 2 cawan air
• 1/2 cawan susu cair
• 3 sudu besar sos tomato
• 1 helai daun pandan
• Sedikit garam
• Bawang goreng (utk hiasan)

Bahan tumis
• 1/4 biji bawang besar (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 2 sudu minyak sapi/ mentega
• 2 cm kulit kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 1 biji buah pelaga

Cara-cara
• Cuci beras dan rendam selama 5-10 minit. Toskan.
• Panaskan minyak sapi/ mentega. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
• Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. 
• Masukkan susu, air, sos tomato, tomato, daun pandan dan garam.
• Masak nasi macam biasa.
• Bila dah siap, tabur bawang goreng.

Kataku
Sedap dimakan bersama acar, ayam masak merah dan daging kurma. Ini resepi nasi tomato kedua I cuba. Kedua-duanya sedap walaupun sedikit berbeza.

Jejari Roti


Resepi 1 (versi goreng)
Bahan-bahan
• 6 keping roti (ambil tepinya je)
• 1 biji telur
• 2 sudu besar susu segar
• Sedikit garam
• Gula halus secukupnya
• Mentega/ marjerin utk menggoreng
Cara-cara
• Masuk telur, garam dan susu dlm mangkuk. Pukul telur biar sebati.
• Panaskan 2 sudu besar mentega/ marjerin. 
• Celup roti dlm campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
• Buat sampai habis (kalau mentega kering, tambah lagi)
• Dah siap, tabur gula halus di atas roti. Sedap dimakan panas-panas.

Resepi 2 (versi bakar)
Bahan-bahan
• 4 keping roti (ambil tepinya je)
• 1 biji telur
• 100ml susu segar
• Sedikit garam
• Gula secukupnya
• Sedikit mentega
Cara-cara
• Pukul telur dan garam hingga sebati. Masuk susu dan kacau rata.
• Celup roti ke dalam campuran telur.
• Sapu sedikit mentega pada dulang pembakar dan susun roti yg di celup telur tadi di atasnya.

• Tabur gula di atas roti. 
• Bakar pada suhu 200 c selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
• Sedap dihidang ketika masih panas dan rangup.

Kataku
Roti hanya dicelup di dlm campuran telur. Jangan di rendam kerana ia akan melembikkan roti sedangkan ia sepatutnya rangup. Salah satu cara mempelbagaikan tepi roti yang budak-budak suka buang. Snek ringan yg enak. Sesuai dijadikan makan pagi mahupun petang. Kanak-kanak pun menyukai hidangan ini.

Tuesday, November 19, 2013

Pavlova


Bahan-bahan
• 4 biji putih telur
• 1/2 - 1 cawan gula kastor
• 1 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu kecil cuka makan
• 1/2 sudu kecil esen vanilla
• Whipped cream secukupnya
• Buah-buahan spt mangga, blueberi, strawberi, pisang, kiwi atau apa2 yg sesuai; seeloknya buah yg masam agar balance dgn rasa manis pavlova

Cara-cara
• Panaskan oven dgn suhu 150 c
• Pukul putih telur dgn kelajuan perlahan hingga menjadi 'soft peak' iaitu kembang dan berbuih seperti buih sabun. Tips penting:
i) Peralatan perlu betul2 bersih dari sebarang air atau kesan minyak
ii) Telur perlu berada dlm suhu bilik, jangan guna telur sejuk
iii) Telur putih tak boleh ada setitik pun kuning telur atau anasir2 lain

• Masuk gula sedikit demi sedikit sambil memukul adunan. Tambah kelajuan mixer hingga maximum. Tambah setahap demi setahap
• Terus pukul adunan sehingga ia menjadi meringue yg sempurna. Cara nak tahu ia sempurna atau tidak:
i) Gula hancur sepenuhnya; apabila digesel dgn jari, tidak rasa berbiji
ii) Adunan menjadi putih berkilat

iii) Apabila ditarik, ia mengeluarkan tanduk di hujung (hujung yg tajam)

iv) Bila ditonggeng/ diterbalikkan bekas adunan, ia tidak jatuh
• Masuk esen vanila diikuti cuka dan tepung jagung. Gaul hingga sebati dgn menggunakan senduk kayu/ spatula. Gunakan kaedah kaup balik (tepung jagung dan cuka diguna utk mendapatkan tekstur garing pada kulit meringue tapi lembut di dlm)
• Ambil baking paper & lukis bulatan bersaiz 7-8 cm. Terbalikkan kertas dan letak dlm loyang
• Letak meringue atas baking paper. Bentukkan mengikut bulatan yg dilukis. Bahagian tepi lebih tinggi dari tengah (blh guna piping bag/ spatula utk cantikkan pavlova)

• Turun suhu ke 110-120 c dan bakar selama 60-75 minit (letak di bahagian tengah rak). Berhati2 dgn suhu dan cara pembakaran. Tips penting:
i) Pavlova di msk dgn api sederhana. Bila suhu tak cukup panas, blh membuat meringue cair manakala suhu yg terlalu panas, dikhuatiri kulit sudah garing tapi di dalam masih tidak masak
ii) Suhu dan penggunaan oven tak semestinya sama. Ada yg guna api bawah, ada yg guna api atas, dan ada yg guna api atas dan bawah. Yg penting, sentiasa periksa keadaan pavlova di dlm oven dan pandai-pandailah bermain dgn apinya
• Meringue yang dah masak, warnanya akan bertukar ke warna coklat muda/ perang
• Jika dah masak, jgn terus keluarkan dari oven. Biar ia dalam oven selama 10-30 minit (buka sedikit pintu oven)
• Setelah sejuk, sapu whipped cream di atasnya (whipped cream blh dibeli yg dah siap di kedai ataupun buat sendiri. Sekiranya nak buat sendiri, di bawah ada bahan2 dan caranya)

• Tabur/ susun buah-buahan yang dah dipotong di atas whipped cream

Bahan topping (whipped cream)
• 1/2 cwn non diary whipping cream
• 1/2-1 sudu kecil gula halus
• 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara topping (whipped cream)
• Pukul whipping cream hingga kental
• Bila whipping cream dah kental, masuk gula dan esen vanila. Pukul lagi (esen vanilla dan gula kalau tak nak letak pun takpe sbb whipping cream dah ada kemanisannya)
• Masuk whipped cream dlm plastik dan simpan dlm freezer sekejap.
• Bila nak mkn, baru picit whipped cream di atas pavlova

Kataku
Suhu yg ditulis di atas ikut oven I. Tapi tak semua oven sama. Kang salah bagi, tak menjadi pulak pavlova org. I pun first time buat hangus sbb betul2 ikut suhu dan cara bakar resepi yg I jumpa tu. Second try baru dapat. Itupun try-try sendiri je.. So, try dulu ok? Bagi yg tak pernah mkn atau lihat pavlova, tekstur yg sepatutnya ialah kulit luar garing tapi dlmnya lembut seperti marshmallow. Boleh terus dimakan ataupun disejukkan. 

I suka pelbagaikan pavlova sbb jarang beli buah. Salah satu yg pernah I cuba, ganti buah dgn jem. Sedap..I lagi suka dgn jem dari buah. Tapi masa buat pavlova, kurangkan la sukatan gula agar tidak terlalu manis. Whipped cream pula, kalau buat sendiri, jgn letak gula. Jem jgn disapu terlalu byk. Sapu nipis je di atas whipped cream. Lepas tu parutkan sedikit coklat di atasnya...

Sunday, November 17, 2013

Popia Goreng Bercili


Bahan kulit
• Kulit popia secukupnya (saiz besar)
• Minyak untuk menggoreng
• 1 sudu besar tepung gandum bancuh dgn 1 sudu besar air (utk dijadikan gam kulit popia)

Bahan inti
• 1 labu bawang besar (racik)
• 1 ulas bawang putih (dadu kecil)
• 200 gm udang (hiris kecil)
• 1 batang lobak merah (sagat)
• 1 mangkuk sengkuang (sagat)
• 1/2 cwn kucai (potong pendek)
• 1 sudu besar minyak (utk menumis)
• Garam secukup rasa

Bahan sos (sukatan utk 5 biji popia; pandai-pandailah tambah sukatan)
• 1 ulas bawang putih (tumbuk) 
• 1 sudu besar gula
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 sudu besar sos cili 
• 2 sudu besar cuka
• 3 sudu besar minyak masak
• Bijan (jika suka)
• Garam secukup rasa

Cara inti
• Panas minyak. Tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
• Masuk lobak merah dan udang.
• Kemudian, masukkan daun kucai, sengkuang dan garam. Kacau rata.
• Setelah sayur layu, tutup api. Tapis supaya kuahnya terasing.

Cara kulit
• Letak inti di tengah kulit popia.

• Gulung hingga ke hujung seperti gulungan kuih gulung. 

• Gam hujung dgn bancuhan tepung.

• Goreng dalam minyak yg banyak dengan api yg sederhana panas.
• Setelah warna kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Cara sos
• Tumis semua bahan sehingga pekat dan naik minyak.
• Masuk popia. Kacau rata dan angkat.

Kataku
Hidangan enak dan ringkas. Popia boleh buat banyak2 dan simpan dalam freezer. Setiap kali nak makan baru dikeluarkan, digoreng dan sira dengan sosnya. Tapi kalau tak nak sira, makan macam tu je pun sedap jugak. Kalau cicah sos pun sedap. Jadi buatlah 2 version mcm kat bawah ni...

Kek Coklat Krim


Bahan-bahan
• 200 gm gula kastor
• 200 gm marjerin
• 200 gm tepung
• 6 biji telur
• 1/4 sudu besar esen vanila
• 10 gm coklat parut (utk hiasan)

Bahan A
• 62 gm serbuk koko 
• 50 gm gula
• 250 ml air

Bahan topping
• 200 gm gula icing
• 200 gm cream well

Cara topping
• Pukul semua bhn hingga kembang

Cara-cara
• Campurkan semua bahan A dan kacau hingga kembang.
• Pukul gula bersama marjerin hingga kembang.
• Masukkan telur satu persatu dan kacau lagi.
• Masukkan esen vanila.
• Masuk tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi adunan.
• Masukkan campuran bahan A dan gaulkan rata.
• Tuang dlm loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
• Apabila sejuk, potong dua kek. Lapiskan kek secara berselang seli dgn krim yang dah siap tadi.
• Sejukkan seketika dan taburkan coklat parut di atasnya.

Kataku
Kek yang sedap dan menarik ini sesuai untuk dibuat kek ulang tahun ataupun perayaan.