Bahan-bahan
• Ikan (talapia, kembung, siakap, atau apa-apa yang bersesuaian)
• 3 sudu sos cili
• 3 sudu sos plum
• 1 biji bawang besar (potong dadu)
• 10 biji cili padi (potong kecil)
• 1/3 cawan air
Cara-cara
• Cuci ikan dan kelar rapat. Goreng ikan bersama kunyit dan garam. Goreng sehingga garing kekuningan. Angkat.
• Satukan sos cili dan sos plum dalam mangkuk.
• Tumis bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layu.
• Masukkan sos cili dan sos plum tadi.
• Tambahkan air dan masak sehingga mendidih dan pekat sedikit.
• Kemudian, tuang sos ini di atas ikan yang telah siap digoreng tadi.
Kataku
Resepi yang sangat mudah dan sedap. Selain ikan, resepi ini juga sesuai untuk ayam, daging mahupun telur mata. Kalau suka boleh tambah buah tomato yg dipotong 6 atau kiub nenas dalam tin.
Yang ni versi siakap. Letak capsicum merah.
No comments:
Post a Comment