Bahan-bahan (12-16 hidangan)
Bahan 1 (crust)
• 250g biskut oreo yang dibuang krim (lebih kurang 30 keping)
• 80g (6 sudu besar) unsalted butter (dicairkan)
Bahan 2 (cream cheese filling)
• 1kg (35 oz) cream cheese (pada suhu bilik)
• 175g (3/4 cawan) heavy cream
• 2 sudu besar heavy cream (sejuk)
• 100g (2/3 cawan) Nutella
• 200g (1 cawan) gula
• 1 sudu besar tepung jagung
• 2 sudu kecil esen vanilla
• 4 biji telur (pada suhu bilik)
Bahan 3 (topping nutella)
• 100g (2/3 cawan) Nutella
• 80g (1/3 cawan) heavy cream
Cara-cara
Cara 1 (crust/base)
• Panaskan oven pada suhu 180c (350f)
• Kisarkan biskut oreo yang dah dibuang krim nya menggunakan food processor (blender pun blh, guna blender kecil yg blh dipakai untuk kisar benda kering)
• Cairkan butter dan siram ke atas biskut yg dah di kisar tadi
• Terus kisar sehingga biskut lembap secara sekata
• Masukkan dalam loyang 10 inci (26cm) dan tekan-tekan biskut dengan belakang sudu agar ia mampat
• Bakar selama 13-15 minit
• Setelah masak, keluarkan loyang dan ketepikan supaya sejuk
• Turunkan suhu kepada 150c (300f)
Cara 2 (cream cheese filling)
• Campurkan gula dan tepung jagung dan ketepikan
• Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese bersama 3/4 cawan heavy cream sehingga sebati dan adunan kelihatan gebu dan ada sedikit tanduk (proses ini penting bagi memghasilkan kesan 2 lapisan nanti)
• Masukkan campuran tepung jagung dan gula tadi secara beransur-ansur dan kacau sehingga adunan menjadi berkrim dan licin
• Tambahkan esen vanilla dan terus pukul sehingga adunan sebati
• Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi supaya sebati
• Tuang 2/3 daripada adunan ke dalam loyang yang berisi crust tadi. Ratakan adunan
• Baki 1/3 daripada adunan tadi, dicampurkan dengan nuttela dan 2 sudu besar heavy cream sejuk
• Putar sehingga adunan sebati
• Dengan berhati-hati tuang kan adunan ke dalam loyang
Letak secara sekata supaya adunan cream cheese bewarna coklat ni terletak elok di atas cream cheese yg bewarna putih
Ratakan adunan dengan menggunakan spatula getah
Jangan tuang setempat nanti warna dalam kek tak cantik mcm yg kat bawah ni (cubaan kali pertama)
• Bakar pada suhu 150c (300f) selama 45-55 minit
• Matikan api dan biarkan adunan selama satu jam lagi di dalam ketuhar
• Keluarkan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya pada suhu bilik
Cara 3 (topping nutella)
• Didihkan heavy cream dalam periuk kecil
• Setelah mendidih, tuang cream ke atas Nutella
• Gaul sehingga sebati dan menjadi likat
• Tuang coklat cair tersebut di atas kek yg dah siap dibakar tadi
• Ratakan topping supaya sekata
• Tutup kek dengan cling wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman
• Hiaskan kek yang dah siap dengan kacang hazel yang dah dicincang jika suka
• Sedia untuk dinikmati
Nota tambahan
(Nutella cheesecake ni boleh juga dibuat dalam versi tak perlu bakar)
Cara :
Bila buat crust, tak perlu bakar. Sejukkan dalam peti sejuk. Sementara itu, pukul cream cheese bersama gula dan esen vanilla (tak perlu guna telur dan tepung jagung). Dicadangkan untuk pukul cream cheese sehingga gebu dulu baru dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Setelah adunan sebati, campurkan 1/3 daripada adunan dengan Nutella. Tuang adunan ke atas crust. Sejukkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4-6 jam
Kataku
Sedap kek ni. Seperti oreo cheesecake kat secret recipe. Cara buat macam panjang dan berbelit, tapi sebenarnya mudah je. Cuba dulu baru tau. Bawah ni versi lepak-lepak dengan family. Hidang dalam pinggan je hehe