Friday, February 21, 2014

Resepi cucur kembong (cucur manis)


Bahan-bahan
• 3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
• 3/4 cawan gula pasir halus (lebihkan jika suka manis)
• 1/2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar mayonis
• 1 biji telur
• 1/2 sudu esen vanilla atau ros (tak letak pun takpe)
• Air suam secukupnya
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
• Masuk kesemua bahan kecuali air suam. Gaul rata
• Masuk air sedikit demi sedikit seperti membuat bancuhan jemput-jemput. Gaul sebati
• Perap lebih kurang 20 minit atau sehingga bancuhan kembang
• Panaskan minyak dgn api sederhana (sebelum menggoreng, gaul rata bancuhan supaya rata)
• Jemputlah bancuhan dalam bentuk bulat-bulat atau lonjong dan goreng sehingga kekuningan

Kataku
Api jangan terlalu panas, dikuatiri hangus di bahagian luar tetapi tidak masak di dalam.

Monday, February 17, 2014

Kari Ayam


Bahan-bahan
• 1/2 ekor ayam
• Rempah 4 sekawan (cengkih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 2 ulas bawang merah (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• 1 paket rempah kari ayam adabi
• Sedikit air asam jawa
• 1 cawan santan pekat
• 4 tangkai daun kari
• 2 batang cili merah (belah 2; jgn sampai putus)
• 1 batang terung panjang (hiris)
• Garam dan aji secukup rasa

Cara-cara
• Tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari sehingga wangi.
• Masukkan rempah kari ayam yg dah dibancuh sedikit air dan masak sehingga terbit minyak.
• Masukkan ayam dan santan pekat.
• Masukkan air asam jawa, cili merah dan terung panjang.
• Perasakan dengan aji dan Garam.

Kataku
Enak di makan bersama nasi ataupun roti jala.

Ikan Siakap Masak Stim


Bahan-bahan
• 1 ekor ikan siakap
• 2 helai daun limau purut
• 1 tangkai daun sup (potong pendek)
• 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
• 1 cawan air
• 1-2 biji tomato (potong 4)
• Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiris
• 2 batang serai (hiris nipis)
• 5 biji cili padi
• 3 ulas bawang putih
• 1 labu bawang besar (hiris bulat)
• 1 inci halia

Cara-cara
• Gaul ikan dengan garam dan limau. Perap lebih kurang 15 minit.
• Letak ikan dlm bekas yg sesuai dan taburkan bahan hiris, garam, gula dan jus limau nipis.
• Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga ikan masak.
• Setelah masak, tabur daun sup dan hirisan tomato.

Kataku
Kalau nak berkuah, lebihkan air.

Hati Lembu Masak Kicap


Bahan-bahan
• 500 gm hati lembu
• 1 sudu besar cili kering (kisar)
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu besar kicap pekat
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu kecil air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• Garam (jika perlu)
• 3-4 biji cili padi (ketuk)

Bahan kisar
• 1 labu bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1/2 inci halia muda

Bahan hiris
• 1 batang cili merah
• 1 biji bawang besar

Cara-cara
• Rebus hati lembu bersama sedikit garam sehingga masak. Dah masak, hiris dan ketepikan.
• Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
• Masuk kicap pekat, kicap manis, sos tiram, cili padi dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.
• Masuk hati, garam (jika perlu) dan gula. Gaulkan.
• Masuk air asam jawa, cili merah dan bawang besar.

Kataku
Petua utk hilangkan bau hati lembu, gaul hati dgn tepung gandum dan sedikit air. Biar selama 15 minit kemudian cuci bersih dan toskan. Hati dimasak dgn api sederhana sahaja kerana api yg kuat akan menyebabkan ia menjadi keras kerana masak secara mengejut. Ia juga tak perlu dimasak terlalu lama kerana ia tiada urat seperti daging.