Sunday, November 17, 2013

Topping Kek: Whipped Cream

Resepi 1
• 1 cwn non dairy whipping cream
- Pukul whipping cream sampai muncul soft peak.

Resepi 2 (coklat) *****
• 1 cwn non dairy whipping cream
• 1 cwn ganache
- Pukul whipping cream sampai muncul soft peak.
- Tuang ganache dan kacau sebati
*Salah satu cara ganache (ada byk cara lagi): didihkan 1 cwn whipping cream. Dah mendidih, tutup api dan masuk 250g chocolate bar. Kacau sebati. Tambah golden syrup sbg pemanis. Ambil 1 cwn. Bakinya blh simpan dlm peti sejuk.

Resepi 3 (darurat)
• 250gm butter/ marjerin
• 100ml thikened cream
• Gula icing secukup rasa
• Pewarna/ perasa (ikut suka)
- Pukul butter/ marjerin hingga gebu
- Masuk gula sedikit demi sedikit
- Masuk cream dan putar lagi
- Masuk pewarna/ perasa jika perlu

Kataku
Pelbagai resepi dan cara membuat frosting cream yang dikumpulkan dari pelbagai sumber. Walaupun ada resepi di atas yang penggunaan bahannya hampir sama, tapi tetap berbeza dari sudut kuantiti ataupun cara mengadunnya. Hanya pilih mana yang berkenan di hati.

No comments:

Post a Comment