Friday, November 1, 2013

Death By Chocolate Cake (Kek Coklat)

 
Bahan kek (loyang 9 inci)
• 2 cwn gula pasir (kisar)
• 2 cwn tepung (ayak)
• 3 biji telur grade A
• 1 cwn koko powder
• 1 cwn susu cair
• 1 cwn minyak/ butter cair
• 1 cwn air panas didih
• 1 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil esen vanila

Bahan ganache
• 2 cwn non dairy whipping cream
• 500g cooking chocolate (potong kecil-kecil)

• 1/8 cwn golden syrup

Bahan whipped cream
• 1 cwn non dairy whipping cream
• 1 cwn ganache (di ambil dari 'cara ganache')

Cara kek
• Ayak dan gaulkan bersama tepung, baking powder, soda bikarbonat dan koko powder. Ketepikan.
• Pukul gula dan telur sehingga kembang.
• Tambahkan esen vanila.
• Masukkan susu cair dan minyak/ butter cair dlm adunan. Kacau sebati.
• Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.
• Akhir sekali, masukkan air panas. Kacau sebati.
• Bakar selama 45 minit pada suhu antara 175-180 degree. Boleh juga dikukus selama lebih kurang 1 jam.

Cara ganache
• Dalam mangkuk kecil, didihkan whipping cream.

• Bila dah mendidih, padamkan api dan masukkan cooking chocolate. Kacau sebati.

• Tambahkan golden syrup.

• Ambil 1 cawan ganache (untuk digunakan dalam 'cara whipped cream')
• Bakinya simpan di dalam peti sejuk.

Cara whipped cream
• Pukul 1 cawan whipping cream sampai muncul soft peak.
• Tuangkan 1 cawan ganache yang diambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati.

Cara-cara
• Kek yang dah siap dipotong supaya menjadi 2 keping kek bulat.

• Sapu kepingan kek yang pertama dengan whipped cream yang dibuat tadi (sapu rata permukaan kek; kalau boleh tebal baru cantik bila dipotong)

• Letak kek sekeping lagi di atasnya.

• Sapu whipped cream sehingga menutupi keseluruhan kek.

• Simpan kek di dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
• Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapu pula baki ganache yang di simpan dalam peti sejuk tadi.

• Simpan semula kek dalam peti lebih kurang 30 minit.

Kataku
Memandangkan ini percubaan pertama, jadi rasa seronok gak sebab segalanya berjalan lancar dan menjadi. Ganache dan cream yang dihasilkan cukup sifat dan sangat sedap rasanya. Cuma bab deco je yang frust sikit sebab tak cantik. Tangan keras huhu.. Kek birthday suami yang tak cantik sangat. Macam budak tadika yang deco je.. Takpe, yang penting rasanya. Semua cakap macam coklat indulgence secret recipe tu :)


Takpe, tahun depan punya kek mesti cantik sebab dah tahu sikit sebanyak selok belok kek ni..

Beberapa tips untuk dikongsi:

1) Tepung yang digunakan ialah tepung gandum. Pakai tepung naik sendiri pun boleh. Gula pula boleh digantikan dengan gula kastor jika malas nak kisar. Kalau nak guna butter cair, caranya: panaskan butter hingga cair dan pastikan butter yang dicairkan itu kuantitinya sebanyak 1 cawan. Boleh juga campur minyak bagi mencukupkan sukatan.

2) Kaedah kaup balik ialah kaedah mengadun dengan menggunakan senduk. Pegang senduk dengan kemas dan pada satu arah saja kerana ia tidak boleh dipusing-pusingkan ketika melakukan proses ini. Jangan mengangkat senduk terlalu tinggi atau memutar adunan (bentuk bulat).

3) Sebelum menggunakan ganache yang disimpan di dalam peti sejuk seeloknya dibiarkan 5-10 minit pada suhu bilik supaya ia sedikit cair dan lebih mudah untuk digunakan. Caranya: curah ganache di atas kek dan goyang-goyangkan supaya rata. Tak perlu meratakan dengan spatula supaya dapat permukaan yang licin.

4) Teknik menggunakan whipping cream (dalam kotak)
i) Nyahbeku semalaman/seharian dlm peti sejuk bhgn bawah jika nak guna pada keesokan hari. Jika ingin guna pada hari yang sama, nyahbeku pada suhu bilik tapi pastikan jgn sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi bila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.
ii) Goncang kotak sebelum tuang ke dalam mangkuk. Ini penting kerana mungkin kandungan cream dan air di dalamnya terpisah ketika dinyahbeku.
iii) Tuang jumlah yang diingini tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer kerana ia akan mengembang berkali ganda dari saiz asal (cecair). Tuang 1/5 atau 20% dari saiz mangkuk.
iv) Sebaiknya simpan mangkuk mixer dan beaters (pemukul) dlm peti sejuk hingga sejuk sebelum mula memukul fresh cream kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Juga boleh meletakkan mangkuk di atas bekas yang mengandungi ais/air sejuk ketika memukul. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.
v) Mula memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1 cwn fresh cream, masa yang diperlukan untuk memukulnya hingga kental adalah lebih kurang 2 minit.
vi) Perhatikan tekstur fresh cream. Jika kelihatan halus tanpa buih-buih besar, gebu, tidak terlalu lembik atau keras, maka ia sudah boleh diguna. Fresh cream yg tak cukup pukul akan kelihatan masih mengalir dan lembik. Tambahkan masa memukul. Jika terlebih pukul pula, ia kelihatan kasar dan sgt pekat. Tambah sedikit fresh cream (yg masih dlm keadaan cecair dari kotak). Aduk hingga ia lebih cair.

5) Jika nak kek seperti coklat indulgence secret recipe, caranya:
i) Bahagi kek 4 lapis.
ii) Plain whipped cream: whip cream yang di putar bersama gula aising.
iii) Whipped cream coklat putih: cairkan coklat putih dan campur dgn whip cream. Simpan dlm peti sejuk sebentar baru di pukul sampai dpt soft peak.
iv) Cara layer: kek > whipped cream coklat putih > kek > whipped cream coklat > kek > whipped cream coklat putih > kek > sapu keliling kek dgn plain whipped cream > sapu keliling kek dgn ganache > tabur gula kisar 

No comments:

Post a Comment