Sunday, November 17, 2013

Topping Kek: Ganache

Resepi 1
• 1 cwn susu pekat
• 2 sudu besar serbuk koko
• 2 sudu besar marjerin
- Gaul sebati semua bhn. Masak atas api sederhana hingga berkilat

Resepi 2 (fudge topping)
• 2 sudu besar butter
• 3 sudu besar susu cair
• 1/2 cwn serbuk koko
• 4 sudu besar susu pekat
- Masak semua bhn secara double boiler hingga sebati (jgn masak terlalu lama takut ia berketul)

Resepi 3
• 1 cwn susu pekat manis
• 1 cwn air
• 1 cwn serbuk koko
• 1 sudu minyak jagung
- Cairkan serbuk koko dgn air dan susu pekat. Masak atas api kecil secara double boiler hingga sebati
- Tutup api, masuk minyak jagung. Kacau rata hingga sejuk sedikit, baru dituang atas kek dan ratakan.

Resepi 4 (kek saiz kecil)
• 100gm coklat bar (potong kecil)
• 125ml susu segar/ susu coklat
• 50gm butter (potong kecil)
• 4 sudu besar madu/ gula perang/ gula biasa
- Masak semua bhn dlm saucepan/ periuk dgn api kecil secara double boil. Kacau hingga kelihatan pekat
- Tutup api. Kacau hingga sebati
- Setelah agak suam, curah atas kek (pastikan kek sejuk dulu)

Resepi 5
• 250gm coklat bar (potong kecil)
• 1 sudu besar majerin 
• 130ml double cream/ whipping cream
• Gula halus secukupnya; optional (supaya topping tu tak pahit sgt)
- Cairkan coklat secara double-boiler. Setelah cair, alih dari api
- Masuk majerin, gula dan cream. Kacau hingga sebati
- Curah atas kek baru diratakan
- Bila agak sejuk/beku, lorekkan garpu secara melintang dan menegak berselang seli (utk corak)

Resepi 6
• 1/2 ketul buttercup
• 1/2 cwn serbuk koko
• 1/2 cwn susu pekat
- Masak semua secara double boil

Resepi 7
• 1/2 cwn koko van hauten
• 1/2 cwn susu pekat
• 1 sudu besar minyak masak
- Masak semua bahan dlm periuk dgn api kecil sehingga nampak ok

Resepi 8
• 200gm coklat bar @ 150gm serbuk koko
• 2 sudu besar susu pekat
• 1/4 cwn susu segar (utk coklat bar) @ 1/8 cwn susu segar (utk serbuk koko)
• 1 sudu besar butter
- Masak semua bhn kecuali butter secara double boiler hingga cair dan sederhana pekat
- Padam api dan masukkan butter
- Kacau hingga butter cair

Resepi 9
• 300gm krim pekat/ putar
• 500gm coklat bar (cincang)
• 30gm butter
- Panaskan krim hingga mendidih
- Angkat dari api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair
- Biarkan sejuk beberapa jam sebelum digunakan

Resepi 10
• 250gm coklat bar
• 30gm cocoa butter
• Masak bahan secara double boil hingga larut (sentiasa kacau)
• Sejukkan sebelum digunakan

Resepi 11 (kek 8x8 inci)
• 350gm dark chocolate (potong kecil)
• 100gm whipping cream (anchor, etc)
- Panaskan whipping cream
- Bila dah agak panas, masuk coklat
- Kacau lebih kurang 5 minit

Resepi 12 *****
• 2 cwn diary/ non diary whipping cream
• 500g chocolate bar (potong kecil)
• 1/8 cwn golden syrup
- Dalam mangkuk, didihkan whipping cream
- Bila dah mendidih, padam api dan masukkan coklat. Kacau sebati
- Tambahkan golden syrup

Resepi 13 *
• 1 biji telur ayam
• 1/2 cawan gula pasir
• 6 sudu besar serbuk koko (blh lebihkan kalau suka)
• 1 sudu besar planta
• 1 cawan air suam
• 1 cawan susu cair
- Panaskan kuali dan cairkan planta
- Masuk gula. Kacau hingga ia larut
- Sementara menunggu gula larut, pukul telur dan susu cair hingga sebati. Tuang ke dalam gula tadi.
- Tambahkan serbuk koko. Kacau hingga agak pekat.

Resepi 14
• 300g coklat masakan - potong kecil
• 200g UHT whipping cream (paling kerap digunakan jenama Anchor)
• 1 sudu besar mentega
- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit & matikan api
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat & kacau hingga sebati
- Masukkan pula mentega & sebatikan

Resepi 15
• 100g coklat masakan
• 125ml susu segar
• 50g mentega
• 4 sudu besar madu/gula
- Satukan kesemuanya
- Msk secara double boil hingga agak pekat

Resepi 16
• 300g coklat masak
• 1 sudu besar susu pekat
• 1/2 cawan susu cair
• 2 sudu besar mentega
• 1/4 cwn air panas (utk step kedua: nak bagi cair dan meleleh)
- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler
- Masukkan coklat, kacau sebati. Then, masukkan mentega & curah 1/2 bhgn atas kek. Simpan dlm 15-30 minit
- Panaskan lebihan coklat & tambah air panas. Kacau & curah ke atas kek tadi

Resepi 17
• 300g krim putar (whipping cream)
• 600g coklat masakan (cincang)
• 1/2 cawan sirap glukos/madu
• 2 sudu kecil mentega
- Panaskan whipping cream hingga hampir mendidih. Curah ke atas coklat dan kacau sebati
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega

Resepi 18
• 50g serbuk koko
• 1 sudu besar minyak
• 1/2 tin susu cair
• 1/2 tin susu pekat (atau ikut citarasa)
- Campur kesemuanya & panaskan atas api perlahan sambil kacau hingga sebati & likat

Kataku
Terdapat pelbagai resepi dan cara membuat ganache yang dikumpulkan dari pelbagai sumber. Walaupun ada resepi di atas yang penggunaan bahannya hampir sama, tapi tetap berbeza dari sudut kuantiti ataupun cara mengadunnya. Hanya pilih mana yang berkenan di hati.

Chocolate ganache boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Anda boleh variasikan penggunaan mengikut kreativiti masing2. Fungsi mentega ialah untuk mengilatkan.

No comments:

Post a Comment