Wednesday, November 13, 2013

Kek Puding Karamel (20 cm)


Bahan karamel
• 60gm gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air

Bahan puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar/cair
• 70gm gula
• Sedikit esen vanila

Bahan kek span
• 70gm tepung gandum
• 60gm gula halus
• 2 biji telur
• 20gm mentega (cairkan)

Cara karamel
• Panaskan gula dengan 1 sudu air sehingga menjadi warna perang.
• Tambah 2 sudu air lagi. 
• Tutup api dan tuang ke dalam loyang ketika masih panas (pastikan loyang telah disapu butter lembut)

Cara puding
• Panaskan susu dan gula sehingga gula larut. Padam api dan ketepikan.
• Dalam mangkuk, masukkan telur dan esen vanila. Pukul sedikit.
• Tuang susu panas perlahan-lahan di dalam mangkuk sambil kacau perlahan-lahan supaya tak berbuih.
• Tapis adunan ke dalam loyang.

Cara kek span
• Asingkan putih dan kuning telur.
• Pukul telur putih dengan separuh sukatan gula sehingga kembang (pastikan telur putih menjadi soft peak/ meringue; apabila ditonggeng, ia tidak mengalir)
• Pukul pula telur kuning dengan separuh lagi gula sehingga menjadi seperti krim.
• Campur kedua-dua adunan telur putih dan telur kuning tersebut. Pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
• Ayak tepung ke dalam adunan. Kacau dengan kaedah kaup balik.
• Lastly, masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau sehingga sebati.
• Tuang adunan ke dalam loyang.
• Letak loyang di atas dulang oven. 
• Tuang air suam dalam dulang oven (jangan tuang dalam loyang pulak)
• Bakar pada suhu 170 darjah selama 40 minit atau sehingga masak.
• Bila dah masak, sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Kataku
Adunan kek span ini akan terapung secara automatik di atas permukaan adunan puding. Jadi, puding tak perlu kukus atau dibakar terlebih dahulu. Cuma berhati-hati semasa memasukkan tepung. Gaul dengan kaedah kaup balik supaya adunan kekal ringan. Kek untuk puding ni boleh dipelbagaikan seperti membuat perisa coklat, limau, dan sebagainya. Letaklah pewarna jika ingin lebih menarik.

Gambar di atas menggunakan separuh dari adunan dalam resepi. Itulah sebabnya bahagian kek agak nipis. Kalau ikut betul-betul sukatan dalam resepi, ketebalan puding dan kek akan lebih seimbang seperti gambar di bawah..

No comments:

Post a Comment